Search This Blog

Monday, August 31, 2009

Blog Rasul Melayu..Apa Tindakkan Pihak Berkuasa.??

Posted on Sunday, August 30 @ 23:28:47 PDT by AbuJihad
Berita Oleh: amanlegend

"Apa Tindakan Kerajaan Malaysia berkenaan blog si Ajaran Sesat Si Abdul Kahar Ahmad @ menggelar Beliau Sebagai RASUL MELAYU... Takan blog nie hangpa nak tengok saja kot macam POLIS tengok DEMONTRASI KEPALA LEMBU tempohari...

Kalau blog RAJA PETRA bukan main kalut hangpa sekatnya... Kalau blog PEMBANGKANG bukan main kalut hangpa pantau nya... habis blog mangkok sekoq nie apa cerita... boleh dikatakan hari-hari update nya...

Kepada Pihak Berkenaan silalah laksanakan amanah yang anda pikulkan itu dengan lillah hita'ala.. kerana nak jawab di sana nanti tak ada sapa yang nak tolong kita dah.. cuma amalan dan perbuatan kita di bumi inilah sebagai bekal di akhirat kelak... itu sahaja...

Tuesday, August 25, 2009

RM5 je..
tapi anda mampu hidup mewah tau..
pelik tp benar2 belaka..:)
nak tau camne?? follow link kt bwh tu..

http://www.danaraya.com/?id=along727

Saturday, August 15, 2009

DS Anwar Ibrahim : Petualang Negara ke Petualang UMNO

Posted on Friday, August 14 @ 00:48:23 PDT by TokBatin
Surat Pembaca Oleh: sifuyus

" Esok, heboh diperkatakan lebih 10 ribu orang UMNO akan berkumpul semata-mata untuk melaungkan Anwar pengkhianat negara.Terasa macam bodoh pulak tindakan tersebut berkumpul semata-mata nak bagitau DSAI tu pengkhianat negara.

Apabila direnung-renungkan, puas aku mencari apa yang dikatakan petualang negara itu, nak kata jual rahsia negara tak ada, nak kata merosakkan hubungan antara negara kita dengan negara luar pun langsung kabur.Harapnya orang UMNO yang celik akal tidak menjadi seperti babi buta.

Apa yang aku nampak, semenjak beliau keluar dari penjara, pencapaian dan kredibiliti UMNO semakin merosot. Oleh itu sepatutnya berkumpulnya mereka esok haruslah dengan tema DSAI pengkhianat UMNO, bukannya negara.UMNO tidak boleh dianggap sebagai mewakili negara, UMNO ini hanya satu parti yang masih lagi berkuasa.

Apa yang berlaku sekarang ini ialah DSAI sentiasa menyentuh masalah rasuah dalam UMNO yang dipertikaikan, perlunya penghapusan ISA dan PPSMI serta perlunya SPRM dan PRU yang bersih di peringkat antarabangsa. Soal DEB yang dipersoalkan ialah kegagalan kerajaan meningkatkan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera serta kenaikan harga minyak yang melampau di saat negara mengecap nikmat keuntungan hasil jualan petroleum dan gas.

Kepada bangsaku Melayu, jangan buat kerja bodoh.Biarlah beberapa orang aje yang bangang jangan yang lain terpalit dengan sindrom tersebut.Lagipun aktiviti yang melibatkan berkumpulan di kawasan lapang tidak digalakkan kerana virus HINI.Jangan nanti ramai bangsaku yang mati sia-sia.

Takziah utk keluarga ust asri (rabbani)

Pemimpin Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Pantai (PMC), Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi kerana sakit jantung. Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital swasta itu.

Menurut Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di hospital itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi. Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut, tambahnya.

Sewaktu tiba di stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut - yang akan disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi."Pada kira-kira jam 10.30 beliau jatuh pengsan. Tapi ambulans tiba agak lewat, kira-kira 20 minit selepas itu. Apabila sampai ke hospital beliau sudah disahkan meninggal dunia," kata Mohd Asri. -Malaysiakini.

Friday, July 24, 2009

Tiba-tiba Ghurkha ini berharga buat UMNO

Posted on Thursday, July 23 @ 19:00:00 PDT by TokPenghulu
Artikel Oleh: Mandor.blogspot.com

ZAID IBRAHIM dalam blognya mempelawa Ku Li untuk sertai PKR atau PR. Dan, Ku Li dikatakan menolak pelawaan Zaid Ibrahim tersebut. Mungkin bagi Ku Li dia masih tidak puas lagi untuk menjadi `Gurkha' buat Umno. Semenjak Ku Li bubarkan Parti Melayu Semangat 46 dan memasuki Umno, terbukti Ku Li berjaya dengan cemerlang sebagai seorang `Gurkha'. Mungkin beliau dilahirkan semula di dalam Umno untuk menjadi `Gurkha' tak lebih dari itu.



Sebab itu bila Ku Li beberapa kali mencuba nasib untuk naik sikit darjatnya dari seorang `Gurkha', nasib selalu tak menyebelahinya. Umno pun seolah-olah sudah lama mengiktiraf Ku Li sebagai `Gurkha' sebab itulah Ku Li tidak pernah mendapat pencalonan cukup untuk bertanding jawatan tertinggi dalam parti semenjak memasuki Umno semula. Semasa kempen pemilihan jawatan tertinggi di dalam Umno, siapakah pemimpin di dalam Umno yang menghargai Ku Li atau menganggap Ku Li sebagai `permata berharga' di dalam Umno? Ku Li tetap dipandang `Gurkha' dan ada yang sanggup berkata zaman Ku Li sudah berlalu. Meskipun Ku Li berpusing merata negeri berkempen untuk mencukupkan pencalonan bagi bertanding jawatan Presiden Umno, tapi siapalah yang sudi memandang `Gurkha' veteren ini?

Apabila Zaid Ibrahim mempelawa Ku LI untuk sertai PKR dan PR, tiba-tiba Muhyiddin dan Rais Yatim berbuih mulut memuji memuja Ku Li. Macam-macam pujian diberikan kepada Ku Li seolah-olah Ku Li sekarang ini Presiden Umno pulak. Tak habis dengan itu, Muhyiddin marah kat Zaid pasal cuba mempengaruhi Ku Li untuk sertai PKR. Rais Yatim macam biasalah, bermadah berhelah memuji Ku Li. Oleh kerana terlalu melangit puji-pujian dari TPM dan Menteri dan kawan karibnya, maka Ku Li lupa diri sekejap. Dia lupa di mana Muhyiddin dan Rais ketika dia terkontang kanting seorang diri berkempen untuk menjadi calon dalam pemilihan jawatan Presiden Umno dahulu. Kalau di masa kempen itulah puji-pujian yang Ku Li dapat dari dua orang tu, mungkin Ku Li cukup pencalonan untuk masuk bertanding.

Kita cuma ingatkan Ku Li, peluang yang ditawarkan oleh Zaid ini mungkin datang hanya sekali. Jangan mudah termakan puji wahai Ku Li. Ku Li pun dah akui, Umno banyak yang tak betul, tapi beliau yakin Umno boleh dibaiki. Siapa nak baiki Umno, wahai Ku LI? Najib? Muhyiddin? Atau Ku Li sendiri nak betulkan Umno dengan `Gurkha'nya itu? Adakah Umno sekarang pada pandangan Ku Li bertambah baik? Gesek mata tu betul-betul Ku Li.

Apa pun, kita tengok apa akan jadi pada `Gurkha' Umno ini nanti. Cuma kita nak ingatkan Ku Li, peluang datang hanya sekali, malang datang mungkin berkali-kali. / Kembali ke blog asal.

Nyalakan lilin bukan majlis berkabung - Khalil Idham Lim

Posted on Thursday, July 23 @ 09:00:00 PDT by AbuJihad

Info Terkini Oleh: puyuh

"Johari Jaafar
Thu | Jul 23, 09 | 5:23:27 pm MYT PARIT BUNTAR, 23 Julai (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS negeri yang juga Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim menafikan majlis menyalakan lilin yang turut dihadiri beliau dan Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin adalah majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pensyarah Jabatan Fiqh Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dato' Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid.

Gambar tersebut dan majlis menyalakan lilin itu diadakan semasa sesi sidang media 17 Julai lalu bertempat di Wisma DAP Ipoh.

Sidang media itu dianjurkan Sekretariat Pakatan Rakyat yang dihadiri 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat dan pemimpin parti.

Idham Lim yang juga bekas penganut Buddha menjelaskan, amalan memegang lilin dan colok bagi orang Cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan.

"Saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China.

"Sebab itulah jika kita berkunjung di mana-mana masjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual di masjid," katanya.

Beliau yang memeluk Islam ketika berusia 23 tahun berkata, di negeri China para imam, ahli jawatankuasa masjid dan umat Islam akan berbaris masuk ke dalam masjid dengan memegang colok yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir raya.

"Sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang, colok itu ditinggalkan di luar. Saya ada koleksi gambar mengenai upacara ini sebagai bukti," ujarnya.

Menurutnya, beliau dan Nizar bersama Adun Pakatan Rakyat yang lain memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media tersebut dan bukannya bertafakur seperti diminta.

"Sebelum ini sudah banyak kawan-kawan bukan muslim yang menghormati upacara membaca doa dalam pelbagai majlis," jelasnya.

Idham Lim turut mempersoalkan motif isu itu diperbesarkan tetapi di dalam masa yang sama persoalan asal yang lebih besar iaitu tindakan meragut nyawa manusia yang merupakan hak Allah tidak dipersoalkan.

"Saya bimbang pihak berkenaan hanya berani berkokok dalam isu ini tetapi apabila melibatkan pemimpin Umno, golongan ini tidak bersuara menegur," katanya kesal.

Banyak lagi tindakan dan perlakukan pemimpin Umno yang mengaku beragama Islam wajib ditegur tetapi golongan tersebut hanya berdiam diri.

"Antaranya adalah upacara meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara yang telah difatwakan haram (oleh Majlis Fatwa Kebangsaan), kenapa golongan tersebut tidak berani menegur," katanya.

Beliau berharap penjelasan ini dapat meredakan suasana resah yang sengaja ditimbulkan golongan tertentu khususnya Umno bagi mengelirukan rakyat.

Baru-baru ini Adun Pangkor, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam kenyataannya di sebuah akhbar menggesa Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat 'mengeluarkan fatwa' berhubung tindakan Nizar menyertai majlis nyalaan lilin bagi memperingati Beng Hock.- tajdid_

Peristiwa Israq' Mikraj - Pengajaran dan Iktibar

Posted on Friday, July 24 @ 02:00:00 PDT by TokPenghulu
Artikel Oleh Din Binjai

"Mahasuci Allah yang memperjalankan hambaNya (Muhamamd SAW) pada malam hari daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya Dia Maha mendengar, Maha mengetahui" (Al-Isra' 15:1)

Peritiwa Israq' wal mikraj adalah satu peristiwa yang Allah berikan kepada nabi Muhammad SAW pada 27 Rejab tahun ke 12 baginda dibangkitkan menjadi seorang Rasul . Ia berlaku selepas kematian dua orang yang baginda kasihi Saidatina Khadijah Binti Kuwailid dan Abu Talib. Tahun itu disebut sebagai ‘Amul Huzni (tahun duka cita ).

Kedua insan yang banyak mempertahankan risalah yang baginda bawa selama ini. Mereka berdua adalah obor semangat sepanjang baginda berdakwah. Kejayaan dakwah yang baginda bawa pada peringkat awal adalah hasil sokongan moral dan material mereka berdua. Tetapi Allah lebih mengetahui hikmat yang tersurat dan tersirat.

Kematian kedua mereka ini untuk menjawab bahawa kejayaan dakwah dan Islam bukan Khadijah dan Abu Talib yang menentukan. Tetapi Allah SWT yang menjaga agamanya daripada dimusnahkan oleh manusia. Seandainya kejayaan Nabi Muhammad SAW dalam dakwah kerana mereka berdua, apa pula umatnya seperti kita yang meneruskan perjuangan Islam yang tidak mempunyai Abu Talib dan Saidatuna Khadijah.

Tetapi Islam adalah jagaan Allah manusia tidak boleh untuk melumpuhkan Islam dengan apa cara sekalipun. Seperti firman Allah SWT “Mereka hendak memadam cahaya Allah (agama Allah) dengan mulut mereka dan Allah yang menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membencinya” Al-Saf:61:8

Peristiwa yang berlaku memang menguji keimanan mereka yang sudah sedia beriman dan menambahkan kekafiran bagi mereka yang tidak beriman terhadap Allah SWT. Watak yang ditunjukkan oleh Saidina Abu Bakar yang tegas menerima walaupun yang menyampaikan berita itu adalah orang kafir musyrikin, maka Abu Bakar terus menerima tanpa apa-apa keraguan. Walaupun tujuan mereka untuk menguji keimanan Abu Bakar al-Siddiq, namun baginda dengan tegas menjawab kalau yang kamu beritahu itu ialah Nabi Muhammad SAW yang pergi sampai ke Sindatul muntaha lebih daripada itu pun aku percaya. Ini lah sifat yang ditunjukkan oleh Abu Bakar al-Siddiq yang sentiasa membenarkan apa yang dibawa oleh baginda walaupun orang lain engkar terhadap perkhabaran tersebut.

Kita juga boleh melihat bagaimana ketegasan baginda untuk memberitahu kepada orang ramai berkenaan dengan peristiwa Isra’ dan Mikraj, walaupun ia dilarang oleh Ummu Hani’ daripada menceritakan kepada orang lain kerana bimbang orang akan kata nabi Muhamamd SAW pembohong. Kerana macama mana mereka hendak percaya, kerana perjalanan mereka daripada Makkah ke Palestin dengan berjalan kaki dan naik unta memakan masa selama 40 hari 40 malam. Tiba-tiba nabi Muhammad SAW hanya mengambil masa selepas Isya’ dan pulang sebelum Subuh. Seperti yang ramalkan oleh Ummu Hani’ menjadi kenyataan. Ramai di kalangan mereka yang sudah beriman kembali murtad dan menambahkan kekafiran bagi mereka yang sedia kafir.

Pengajaran daripada Isra’ Mikraj

Allah berkuasa untuk melakukan sesuatu kepada hambanya. Jarak yang manusia bilang selama 40 hari hanya berdasarkan kepada hitungan manusia bukan berdasarkan kepada kekuasaan Allah SWT. Allah menjalankan dan mengatur perjalanan bulan, matahari dan menentukan jarak perjalanan. Maka tidak menjadi masalah kepada Allah untuk membuat lebih daripada itu.

Allah berkuasa untuk menjalankan Nabi Muhammad SAW sampai ke Sidratul Muntaha maka, Allah berkuasa untuk menolong agamanya sekiranya hambanya sudah memenuhi syarat untuk memikul amanah agamanya.

Ketegasan Nabi Muhammad SAW yang tegas untuk menceritakan peristiwa ini kepada kaumnya walaupun Ummu Hani’ melarang kerana orang Islam imannya tidak begitu kukuh lagi dan orang kafir akan mencari kesalahan yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW. Mereka menjadikan hujah Isra’ Mikraj sebagai jalan untuk menimbulkan keraguan kepada umat pada waktu itu. Nabi Muhammad SAW sebagai seorang Rasul yang yakin dengan kebenaran risalahnya maka terus tampil ketengah masyrakat untuk menceritakan peristiwa tersebut. Dengan Izzah Islam yang baginda bawa, maka baginda menceritakan kepada umatnya, walaupun tahu risiko kehilangan pengaruh.

Ketegasan yang ditunjukkan oleh baginda untuk menyebarkan Islam dan menceritakan Islam kepada kaumnya, inilah yang perlu diikut dalam memberi tahu Islam kepada orang ramai. Kita mesti beriman dengan akidah perjuangan Islam. Jangan ada sebesar zarrah takut untuk untuk menjelaskan Islam kepada orang ramai termasuk kepada orang kafir. Jangan ada teori mengarut kita tidak boleh menceritakan tentang Islam takut orang bukan Islam takut dan tidak mengundi Pas dan Pakatan Rakyat. Ini adalah akidah yang silap. Dakwa golongan ini, kita kena tiru Parti AK di Turki mereka tidak bercakap tentang Islam dan mereka boleh menarik sokongan orang ramai kepada mereka. Dengan penuh hormat kepada sahabat AK Parti di Turki, kerana pendekatan yang mereka buat sesuai dengan reality yang berlaku di Turki, kesan daripada masyarakat dan sistem yang berkuasa di Turki hasil peninggalan Kamal Atartuk.

Tetapi di Malaysia adalah berbeza, kerana tonggak kekuatan politik di Malaysia adalah Islam terutama di kalangan orang Melayu yang menjadi tonggak penentu politik di negara ini. Sebab itu Umno sedaya upaya akan memperkudakan orang agama untuk menyokong mereka dan mencarai dalil supaya rakyat menghalalkan apa yang Umno buat di negara ini. Kerana Islam adalah faktor yang dominan dan mereka terpaksa bermain silap mata untuk mengkaburi pengundi Melayu yang mereka juga pejuang Islam di negara ini. Mereka boleh bertukar wajah apabila dalam suasana majlis sambutan agama yang berkaitan dengan Islam. Jangan pula kita hendak menunjukkan terlalu liberal dalam soal Islam. Namun dalam kebijaksanaan perlu ada.

Sebagai Pejuang Islam, jangan ada keraguan seperti mana yang ditunjukkan oleh Abu Bakar al-Siddiq yang tegas dan berani menerima apa sahaja yang datang daripada Rasulullah SAW. Maka kita juga perlu melangkah dengan lebih agresif untuk menyampaikan dakwah Islam terutama kepada orang bukan Islam di negeri yang kita bersama dalam kerajaan Pakatan Rakyat. Kita tidak mahu di akhirat nanti orang bukan Islam mendakwa 50 tahun berkawan dengan Umno kami tidak faham Islam, dan kami juga tidak faham Islam apabila berkawan dengan Pas mahupun Pakatan Rakyat.

Saya yakin bahawa usaha murni ini akan mendapat sambutan dari kalangan orang bukan Islam, seandainya kita begitu gigih. Kekalutan dan kegawatan yang berlaku dalam negara pada hari ini seperti soal rasuah di kalangan pemerintah, krisis keyakinan kepada institusi kehakiman, institusi kepolisian, pengangguran, pembaziran, tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim dan terbaru kematian misteri di SPRM. Kesemuanya ini perlu kepada penyelesaian sebagaimana Islam sebenarnya penyelesai segala permasalahan.


Batu ajaib… Entah apa lagi sebutan lainnya. Yang jelas, batu ini sudah ramai dibicarakan orang dan disebarkan gambarnya. Salah satu gambar batu melayang ini adalah seperti gambar di sebelah ini.

Sebagai tambahan, beberapa komentar atau kisah diberikan sebagai penjelas atau keterangan gambar tersebut. Ada yang menyebutnya sebagai batu yang menjadi pijakan Nabi Muhammad saat Isra’ Mi’raj. Sang batu ingin ikut naik ke langit, tetapi dipijak oleh Nabi hingga berhenti dalam posisi tergantung sampai sekarang. Ada juga yang cuma menyebutkan sang batu tiba-tiba melayang setinggi sekitar 10 cm dari tanah di bulan April (entah tahun berapa) kemudian turun lagi.

Berikut ini adalah kutipan dari keterangan yang pernah ditemui di blog atau forum kaum muslimin Melayu:

Batu itu adalah batu bekas tempat duduk Nabi Muhammad SAW di masa beliau melaksanakan Isra Mi’raj sampai kini masih tetap melayang di udara. Konon pada saat Nabi Muhammad akan ber-mi’raj, batu tersebut ingin ikut, tetapi segera beliau menghentakkan kakinya pada batu itu, maksudnya agar batu tersebut tak usah ikut. Batu gantung ajaib itu berada dalam masjid Umar (Dome of The Rock) di Lingkungan Masjidil Aqsha di Jerusalem.

Batu Pijakan Nabi saat Isra Miraj yang sebenarnya berada di bawah Masjid Kubah Emas.

Batu inilah yang dilindungi oleh bangunan Masjid Kubah Emas atau Masjid Kubah Batu (Dome of the Rock). Kesimpulannya gambar batu di atas bukanlah batu yang dimaksudkan semasa peristiwa Israq' dan Mikraj. Wallahualam..
Yang paling penting dalam peristiwa Israq' dan Mikraj ini adalah Nabi menerima suruhan solat sehari lima waktu walau pun pada mulanya Allah perintahkan 50 waktu sehari semalam.
Sebagai manusia kita tidak pernah sunyi dari melakukan kesilapan dan kesalahan. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, begitulah pepatah Melayu. Iman ibarat laut adakala pasang adakala surut. Iman harus disuburkan dan dibajai setiap masa. Adakalanya kita lalai dalam menjalankan perintah solat. Saya menyeru kepada diri saya sendiri dan anda semua, bertaubatlah selagi pintu taubat masih terbuka. Semoga Allah melindungi dan merahmati kita semua. Amin.