"
Search This Blog
Thursday, July 23, 2009
Chua Jui Meng: MCA tidak mampu berubah
"
H1 N1 menyerang UiTM Permatang Pauh
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata semua pelajar yang dikesan positif itu sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya
Beliau berkata arahan penutupan sertamerta kampus itu dikeluarkan oleh
Kementerian Kesihatan pagi ini bagi mengelak penularan wabak berkenaan. "Arahan penutupan selama seminggu itu wajar bagi mengelak 5,000 pelajar yang menuntut di UiTM berkenaan dijangkiti wabak H1N1," katanya.
Satu Malaysia kena kelentong
"
SURUHANJAYA DIRAJA PATUT SIASAT PUNCA KEMATIAN : MAJLIS PEGUAM – berita hairanKUALA LUMPUR: Majlis Peguam berharap penubuhan Suruhanjaya Diraja yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak hari ini akan turut menyiasat punca kematian setiausaha politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock.
Presidennya, Ragunath Kesavan, berkata ini adalah kerana kuasa sesebuah inkues bagi menentukan punca kematian adalah terhad berbanding kuasa Suruhanjaya Diraja.
Selain itu, inkues dikendalikan oleh seorang majistret yang bertindak sebagai koroner dan beliau biasanya adalah seorang pegawai yang paling junior.
"Koroner tidak boleh mengarahkan supaya siasatan dijalankan bagi menentukan punca kematian," katanya.
Memang betul satu Malaysia kena kelentong.
Suruhajaya itu BUKAN untuk mengetahui bagaimana Teoh mati.
Tetapi tentang prosedur/tata kerja SPRM.
Ini adalah penipuan yang sedang dilakukan oleh Najib Razak.
Najib terang-terang menipu satu Malaysia.
Inkues hanya akan dilakukan oleh magistrate. Mamat atau Minah ini hanya akan mendapat data dan fakta dari laporan polis. Maka keputusan inkues ini pastilah :
1 – Teoh Beng Hock telah mati
2 – Teoh Beng Hock seorang lelaki
3- Teoh Beng Hock lelaki China
2 – Teoh Beng Hock jatuh dari bangunan.
3 – Teoh Beng Hock patah di sana dan di sini
4 – Mayat Teoh Beng Hock di temui jam 1.30 petang
Dan lain lain fakta yang semuanya diketahui umum.
Bukan ini yang warga satu Malaysia mahu.
Warga satu Malaysia mahu tahu :
Bagaimana Teoh Neng Hock jatuh?
Berita awal seolah-olah Suruhanjaya Di Raja
ditubuh untuk menyiasat bagaimana Teoh jatuh mati.
Terbunuhnya Teoh: Suruhanjayalah! Bukan inkues
Rakyat menuntut suruhanjaya di raja yang menyiasat punca sebenar kematian Teoh Beng Hock di mana ia termasuk menyiasat cara siasatan yang digunapakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa melakukan soal siasat terhadap Teoh dan semua perkara yang boleh menentukan punca kematian beliau. Tiba-tiba mereka hanya buat inkues untuk menentukan punca sebenar kematian Teoh.
Jika suruhanjaya di raja menyiasat punca sebenar kematian Teoh, ia mempunyai bidang kuasa yang lebih luas berbanding inkues yang hanya diketuai oleh seorang majistret.
Di bawah ini, saya copy and paste berita Malay Mail hari ini agar anda memahami perbezaan antara inkues dan suruhanjaya.
A Royal Commission of Inquiry, and not an inquest, should look into the death of Teoh Beng Hock.
This was the consensus of the legal fraternity and the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) in response to a statement by Federal CID director Datuk Seri Mohd Bakri Zinin that Teoh's case could end up in a coroner's court as an inquest would usually be conducted by the court for cases of "sudden death".
Teoh's case has been classified as such, and this is normally investigated by an inquest, which is essentially judicial investigations carried out by magistrates upon the request of the public prosecutor.
Bar Council president Ragunath Kesavan said an inquest would not be able to answer all the questions raised in the last one week on Teoh's death.
"In this case, there are more answers needed than just the cause of his death. An inquest would be insufficient to address these questions."
Ragunath said in contrast to the limitations of an inquest, a Royal Commission would cover a wider scope, including finding out the circumstances surrounding his death, regulations, protocols and standard operating procedures of the MACC.
"MACC is a very important public institution and there is a negative impact on the commission if they are unable to answer, for example, why he was not accompanied by a lawyer, and the need to question him for a long time when he was a witness assisting in the MACC's investigations," he said.
Ragunath said it was pertinent that the a Royal Commission of Inquiry presides over the matter as it was also in the position to clear the MACC's name.
Criminal lawyer Datuk Baljit Singh Sidhu also supported the call for a royal commission to oversee the inquiry. "This is a situation where the MACC, given tremendous powers to run investigations to the extent that they can't be sued in a civil court, also carries the responsibility of a highly-accountable body. If its officers had not acted in a wrongful manner, then it is only right that a royal commission presides over investigations. It is hugely important that the public does not lose faith in the MACC.
"A royal commission is more open and transparent as it is not rigidly governed by the rules of the criminal procedures. In an inquest, the coroner who makes the decision is normally a magistrate but in a royal commission, senior members with expertise covering every aspect of the case would be able to conduct a more comprehensive inquiry."
Suhakam commissioner Datuk N. Siva Subramaniam said a Royal Commission of Inquiry would, among others, be able to dwell into matters like competency and manuals used by MACC officers to question their witnesses.
"The MACC has no choice but to clear its image and there is no better way than this. The royal commission panel will have to get the consent of the Yang Di-Pertuan Agong and therefore it will investigate the matter as an independent party."
PAST PROMINENT CASES OF INQUESTS:
CASE 1: K. Sujatha, former personal secretary to Datuk Seri S. Samy Vellu’s son, Vell Paari.
THE inquest is still being heard in front of coroner Mohd Faizi Che Abu in the magistrate’s court of Kuala Lumpur.
The purpose of the inquest is to determine if Sujatha, 29, was murdered or had committed suicide by drinking weedkiller two years ago.
Among others, questions were raised on why she was rushed from a private hospital in Kuala Lumpur to the Tengku Ampuan Rahimah Hospital in Klang where she died, some 30km away, instead of the Kuala Lumpur Hospital.
The inquest had also asked why a post-mortem was not conducted before her body was cremated and if she had revealed on her deathbed what had actually taken place at her apartment.
CASE 2: Dr Cynthia Joseph
DR JOSEPH died at the age of 42 on Sept 27, 2004 at the Pantai Cheras Medical Centre. Police exhumed her body on Dec 2, 2004 after her family suspected foul play in her death.
Her father, Joseph Sebastian, told coroner Tasnim Abu Bakar that he had decided to lodge a police report on Nov 25 the same year after he found it strange that his son-in-law, Dr A. Retnarasa, did not want a post-mortem done.
Following the report, police exhumed Dr Joseph’s body at the Cheras Christian Cemetery. The inquest is ongoing.
PREVIOUS CASES OF ROYAL COMMISSIONS OF INQUIRY:
CASE 1: V.K. Lingam Video Clip
A COMMISSION was formed in late 2007 to investigate an allegation of illegal intervention into the judicial appointment process of Malaysian judges that purportedly took place in 2002.
The formation of the commission was a follow-up to a recommendation by a three-man panel tasked with determining the authenticity of recordings of a telephone conversation by prominent lawyer Datuk V.K. Lingam purportedly with Chief Justice Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, allegedly fixing the appointment of "friendly" senior judges.
The eight-minute clip, said to be originally 14 minutes when recorded sometime in 2002, was made public by Parti Keadilan Rakyat de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.
CASE 2: NUDE SQUAT
FORMER Chief Justice of Malaysia Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah was appointed to head a five-man independent commission to probe the inquiry into the controversial case of a woman forced to do squats in the nude while in police custody in December 2005.
The commission's report identified the detainee as a local woman, and deemed nude squats to be improper and in violation of human rights principles, criticised police procedures, and provided a detailed manual on how to go about body searches.
The commission also made a number of recommendations, including a repeat of the first Commission's call for human rights awareness training for the police, and the establishment of an independent complaints commission.
Importantly, the Commission called for "…a shift in the mindset of those within the (police) so that there is an unwavering commitment to work towards a police culture that is more effective, responsibility driven and human rights sensitive."
The woman has filed a RM10 million suit against the police.
10 Penyelewengan Pembunuhan/Accident Teoh!!
"
1. MOTIF PEMBUNUHAN
Ezam dengan celuparnya mendakwa bahawa DAP yang berkemungkinan membunuh Teoh untuk menutup mulutnya. Ini satu ayat bodoh dari UMNO kerana kematian sah berlaku selepas keterangan penuhnya sudah di ambil. Motif ini tidak munasabah dan tuduhan ini cukup keji. Kalau DAP yang bunuh, tentulah ia berlaku sebelum keterangan penuh si mati di ambil. Motif yang lebih kuat ialah UMNO di sebalik semua ini kerana UMNO benci kepada DAP dan si mati. Ayat-ayat zalim pemimpin dan ahli UMNO berhubung si mati menzahirkan lagi kebencian membuak-buak ahli UMNO kepada DAP dan si mati.
2. LOKASI KEMATIAN
Polis turut percaya bahawa si mati jatuh/dicampak dari tingkat 14 milik SPRM. Tentulah pelik jika orang luar boleh keluar masuk bangunan SPRM. Logiknya, hanya pegawai SPRM atau orang kerajaan (sila baca sebagai UMNO) yang boleh keluar masuk bangunan SPRM. Kematian ini dilihat oleh ramai penganalisis sebagai suatu mesej yang hendak dihantar kepada Pakatan Rakyat.
3. Waktu soal-siasat terlampau pelik
SPRM mendakwa si mati di soal siasat sehingga 3:35 pagi sekalipun si mati hanyalah saksi! Lawak apakah ini? Warganegara Malaysia lazaimnya tidur pukul 1 pagi. Penahanan ini dilihat lebih sebagai satu penderaan dan berkemungkinan suatu set-up agar kematian si mati berlaku pada waktu yang tidak ramai orang.
4. Kenyataan pelik dari SPRM: Si mati nak tinggal di SPRM
SPRM membuat kenyataan pelik apabila mengatakan bahawa si mati TIDAK MAHU BALIK selepas di soal-siasat dan ingin tidur di SPRM (sofa SPRM). Ini cukup tak masuk akal. Mana-mana insan normal yang berpeluang balik akan segera memanggil teksi dan balik saja. SPRM buknlah suatu hotel mewah, malah bukan suatu hotel pun. Malah cukup pelik SPRM boleh membenarkan orang tidur saja di sofanya. Kalau di balai polis pun akan di halau balik.
5. Handphone si mati di ambil oleh SPRM
Kalau si mati sekadar seorang saksi seperti yang didakwa oleh SPRM, mengapa SPRM mengambil handphone si mati. Selepas didesak oleh DAP, SPRM mengatakan SPRM akhirnya sudah menyerahkan handphone tersebut kepada polis. Adakah ada apa-apa maklumat yang di delete?
6. Soalan-soalan pelik pihak polis!
Soalan polis kelihatan lebih kepada hendak melepaskan SPRM. Contohnya, 'adakah si mati hisap rokok? - untuk menunjukkan kemungkinan si mati hisap rokok lalu jatuh dari atas bangunan". Soalan lain, 'adakah si mati kelihatan suicidal?- untuk menunjukkan si mati bunuh diri'.
Sepatutnya , polis kena tanya soalan seperti ini: Si mati seorang DAP yang merupakan musuh politik UMNO. Adakah si mati mempunyai mana-mana musuh politik/ahli UMNO yang marah atau bermusuh dengannya? . Sepatutnya, polis bertanya, 'Adakah si mati pernah diugut oleh sesiapa, termasuk pihak polis atau SPRM?' .
7. Media UMNO segera tukar isu.
Media UMNO bersungguh-sungguh cuba hendak menjadikan isu ini suatu isu perkauman! Ini cukup misteri. Cubaan media UMNO hendak menjadikan isu ini isu perkauman seolah-olah menunjukkan ada sesuatu yang hendak dirahsiakan.
8. Suruhanjaya bebas yang tidak berguna.
NAjib c4 mengumumkan bahawa Suruhanjaya bebas yang akan ditubuhkan berhubung kematian Teoh tidak akan menyiasat cara-cara kematian/pembunuhan Teoh. Alangkah bodohnya..
9. Rakyat dikasari
Mereka yang berdemonstrasi membantah dalam isu Teoh ini mengakui dikasari oleh pihak polis. Mungkinkah ini satu lagi siri-siri usaha Najib untuk membuatkan rakyat diam dan akur saja kepada permainan politik keji UMNO?
10. Zambry cuba tukar isu.
ZAmbry segera cuba menukar isu dengan membuat kecoh berhubung kehadiran Nizar dalam majlis memprotes kematian Teoh kerana ada lilin dinyalakan dalam majlis tersebut. Malah tok guru dicabar memberi fatwa. Hoi Zambry! Sampah macam kau tak layak nak cabar Tok Guru bagi fatwa! Soalan bodoh macam tu aku pun boleh jawab. Sewaktu zaman Rasullullah SAW, terdapat sekumpulan manusia berjalan di hadapan Rasullulah sambil membawa suatu mayat. Rasullullah SAW segera berdiri sebagai menghormati mayat tersebut. Para sahabat turut berdiri apabila melihat Rasullullah berdiri. Seorang sahabat kemudiannya bertanya: "tetapi mayat tersebut mayat Yahudi!". Rasullullah SAW menyatakan bahawa tidak mengapa menghormati mayat sekalipun mayat bukan Islam.
Monday, July 20, 2009
Tun Dolah Telah Bersuara.....
Dua minggu sebelum demonstrasi besar dirancang bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mantan perdana menteri meminta kerajaan menimbangkan untuk memansuhkannya.
Abdullah Ahmad Badawi berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan, lapor Bernama.
"Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini.
DARI TUKAR TIUB 2504
Saya Hishamuddin Rais berasal dari Jelebu Negeri Sembilan – warga negara Malaysia - adalah salah seorang yang telah ditahan dibawah ISA.
Penahanan saya telah ditanda tangani oleh Abdullah Ahmad Badawi.
Surat Perintah Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri itu masih tersimpan sebagai bahan sejarah dan harta yang akan saya turunkan kepada anak cucu cicit saya.
Kertas sekeping ini adalah harta sejarah yang saya amat-amat berharga dalam hidup saya.
Number angka saya di Kem Tahanan Kamunting ialah 2504.
Inilah nama yang akan terus saya pakai hingga ke bila-bila.
Saturday, July 18, 2009
Terkini Dato' Seri Dr.Chua Jui Meng sertai PKR
Updates....4.50PM
"Saya telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan."
"Saya yakin saya berada dalam parti yang benar dalam sejarah Malaysia."
"Sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno."
"kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang."
- Chua Jui Meng
Friday, July 10, 2009
Bumi Allah Taala Luas....
Tidak diketahui mengapa syarikat-syarikat besar yang operasinya haram di sisi Islam berminat dengan tubuh badan berugama Islam yang pernah mengetuai pasukan keselamatan negara untuk menjadi sebahagian keluarga mereka.Syarikat arak Carlsberg umpamanya memilih bekas panglima ATM Tan Sri Ghazali Mat Seth untuk anggotai Ahli Lembaga Pengarah. Ghazali pernah menjadi Panglima Tertinggi ATM dan berkhidmat dalam tentera selama 35 tahun.
