Oleh: Mandor.blogspot.com
ZAID IBRAHIM dalam blognya mempelawa Ku Li untuk sertai PKR atau PR. Dan, Ku Li dikatakan menolak pelawaan Zaid Ibrahim tersebut. Mungkin bagi Ku Li dia masih tidak puas lagi untuk menjadi `Gurkha' buat Umno. Semenjak Ku Li bubarkan Parti Melayu Semangat 46 dan memasuki Umno, terbukti Ku Li berjaya dengan cemerlang sebagai seorang `Gurkha'. Mungkin beliau dilahirkan semula di dalam Umno untuk menjadi `Gurkha' tak lebih dari itu.
Sebab itu bila Ku Li beberapa kali mencuba nasib untuk naik sikit darjatnya dari seorang `Gurkha', nasib selalu tak menyebelahinya. Umno pun seolah-olah sudah lama mengiktiraf Ku Li sebagai `Gurkha' sebab itulah Ku Li tidak pernah mendapat pencalonan cukup untuk bertanding jawatan tertinggi dalam parti semenjak memasuki Umno semula. Semasa kempen pemilihan jawatan tertinggi di dalam Umno, siapakah pemimpin di dalam Umno yang menghargai Ku Li atau menganggap Ku Li sebagai `permata berharga' di dalam Umno? Ku Li tetap dipandang `Gurkha' dan ada yang sanggup berkata zaman Ku Li sudah berlalu. Meskipun Ku Li berpusing merata negeri berkempen untuk mencukupkan pencalonan bagi bertanding jawatan Presiden Umno, tapi siapalah yang sudi memandang `Gurkha' veteren ini?
Apabila Zaid Ibrahim mempelawa Ku LI untuk sertai PKR dan PR, tiba-tiba Muhyiddin dan Rais Yatim berbuih mulut memuji memuja Ku Li. Macam-macam pujian diberikan kepada Ku Li seolah-olah Ku Li sekarang ini Presiden Umno pulak. Tak habis dengan itu, Muhyiddin marah kat Zaid pasal cuba mempengaruhi Ku Li untuk sertai PKR. Rais Yatim macam biasalah, bermadah berhelah memuji Ku Li. Oleh kerana terlalu melangit puji-pujian dari TPM dan Menteri dan kawan karibnya, maka Ku Li lupa diri sekejap. Dia lupa di mana Muhyiddin dan Rais ketika dia terkontang kanting seorang diri berkempen untuk menjadi calon dalam pemilihan jawatan Presiden Umno dahulu. Kalau di masa kempen itulah puji-pujian yang Ku Li dapat dari dua orang tu, mungkin Ku Li cukup pencalonan untuk masuk bertanding.
Kita cuma ingatkan Ku Li, peluang yang ditawarkan oleh Zaid ini mungkin datang hanya sekali. Jangan mudah termakan puji wahai Ku Li. Ku Li pun dah akui, Umno banyak yang tak betul, tapi beliau yakin Umno boleh dibaiki. Siapa nak baiki Umno, wahai Ku LI? Najib? Muhyiddin? Atau Ku Li sendiri nak betulkan Umno dengan `Gurkha'nya itu? Adakah Umno sekarang pada pandangan Ku Li bertambah baik? Gesek mata tu betul-betul Ku Li.
Apa pun, kita tengok apa akan jadi pada `Gurkha' Umno ini nanti. Cuma kita nak ingatkan Ku Li, peluang datang hanya sekali, malang datang mungkin berkali-kali. / Kembali ke blog asal.
"Mahasuci Allah yang memperjalankan hambaNya (Muhamamd SAW) pada malam hari daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya Dia Maha mendengar, Maha mengetahui" (Al-Isra' 15:1)

Chua Jui Meng, antara nama paling besar dikalangan ahli politik kaum Cina di Malaysia, mengatakan dengan tegas bahawa MCA tidak mampu untuk berubah atau menjadi lebih baik kerana terlalu tunduk dan terikat dengan UMNO yang sangat dominan dalam BN. Tee Kiat turut mengakui bahawa 'faktor luaran (sila baca sebagai UMNO) menekan Chua Jui Meng supaya berhenti selepas mencabar UMNO agar insaf dan berubah dan bukan sekadar perubahan kosmetik. Artikel lengkap disediakan.
PULAU PINANG: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Permatang Pauh dekat sini ditutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas 10 pelajarnya disahkan dijangkiti Influenza A (H1N1).
SURUHANJAYA DIRAJA PATUT SIASAT PUNCA KEMATIAN : MAJLIS PEGUAM – berita hairan
Kenapa penulis menggunakan istilah pembunuhan Teoh dan bukan kematian Teoh? Sebabnya si Nazri Aziz pun boleh keluar kenyataan bahawa Teoh mati kerana terjun, sedangkan siasatan belum selesai ketika itu. Buat masa ini, polis melaporkan bahawa siasatan sudah selesai 90%. Penulis yakin polis akan melepaskan SPRM dan UMNO dari sebarang liabiliti (seperti biasa). Tetapi, rakyat tidak bodoh dan kita lihat ada sekurangnya 10 penyelewengan dan misteri dalam kes ini yang cuba di cover.
PAK LAH SARAN MANSUHKAN ISA - malaysiakini
Tidak diketahui mengapa syarikat-syarikat besar yang operasinya haram di sisi Islam berminat dengan tubuh badan berugama Islam yang pernah mengetuai pasukan keselamatan negara untuk menjadi sebahagian keluarga mereka.
KEMPEN di Manek Urai semakin hangat sekarang ini. Bermacam-macam jenis pemimpin yang datang ke Manek Urai dan berbagai-bagai janji dibawa oleh mereka ke Manek Urai. Biasalah dah memang adat berkempen kat negara kita sejak dulu lagi. Di Manek Urai, yang tak pernah atau geli memegang botol budu nampaknya macam ketagih dengan budu sampai diberitakan ada yang makan budu menggunakan `straw'. Hebat!!
Media heboh kononya Obama, Presiden Amerika menghubungi Najib melalui panggilan telefon, kononya begitulah penting Najib di mata Obama hingga apabila ada masalah Obama terpaksa hubungi Najib melalui panggilan telefon untuk berbincang..... si
Tiba - tiba rumah bekas Menteri Besar Selangor menjadi tumpuan orang ramai. Isu ini menjadi hangat apabila ADUN Sekincan, YB Ng Suee Lim membuat sidang media mendedahkan istana ala Bali milik Khir yang juga bekas Doktor gigi ini. Kediaman yang bernilai lebih RM 20 juta itu jelas menjadi lambang korupsi Khir Toyo dan regim Bn Selangor yang lalu.
Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pengumuman itu, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini, dibuat jam 2.30 di kementeriannya di Putrajaya.

Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terus berbohong dalam kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai dengan mengatakan tidak wujud minyak dan gas serta industrinya di negeri Kelantan.
