Search This Blog

Tuesday, June 30, 2009

Adakah kerajaan Malaysia sudah tidak ada lagi saham di dalam syarikat judi?

Surat Pembaca Oleh: wanistelroy

"

Tahun lalu, beberapa laman web dan blog telah menyiarkan satu senarai syarikat-syarikat yang berada di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan seperti pada 11 Januari 2007 dari laman web rasmi Kementerian Kewangan.

Di dalam senarai syarikat- syarikat itu, Sports Toto yang menjalankan aktiviti perniagaan nombor ramalan itu telah termasuk di dalam senarai syarikat-syarikat tersebut (pada nombor 82).

Penyenaraian Sports Toto itu juga bermakna kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan mempunyai saham dan terlibat secara langsung di dalam syarikat yang berasaskan judi itu.



Saya masih menyimpan pautan ke muka laman tersebut, tetapi muka laman tersebut telah di”divert” ke muka hadapan laman Kementerian Kewangan.

Kini, senarai syarikat-syarikat yang berada dibawah Kementerian Kewangan Di Perbadankan telah dikemaskini pada 17 Januari 2009.

Di dalam senarai terbaru Senarai Syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan seperti pada 15 Januari 2009 itu, Sport Toto telah tiada di dalam senarai tersebut.

Oleh itu, adakah ini bermakna kerajaan Malaysia sudah mengeluarkan saham mereka di dalam syarikat judi itu?

Jika benar, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah bertindak mengurangkan hasil kerajaan dari sumber yang tidak halal.

Jika maklumat itu tidak tepat dan kerajaan masih mempunyai saham di dalam Sports Toto, kenapa pengendali laman web itu tidak menyenaraikan syarikat judi tersebut? Adakah pengendali laman web Kementerian Kewangan cuba menyorok sesuatu fakta di pengetahuan orang ramai?

Ini kerana, bukanlah perkara asing apabila laman web kerajaan menyiarkan fakta yang berbeza dengan keadaan sebenar. Perkara sebegitu pernah disuarakan di dalam sidang Parlimen.

SENARAI SYARIKAT DI BAWAH MENTERI KEWANGAN DIPERBADANKAN SEPERTI PADA 15/01/2009

SEKTOR EKONOMI, PENGANGKUTAN DARAT & INFRASTRUKTUR(2)
1. Amanah Raya Berhad
2. Asean Potash Public Mining Co. Ltd. (Thailand)
3. Bank Pembangunan Malaysia Berhad
4. Bursa Malaysia Berhad
5. Export-Import Bank of Malaysia Berhad
6. Felda Holdings Berhad
7. International Rubber Consolidated Limited
8. Jambatan Kedua Sdn Bhd
9. Kedah Aquaculture Sdn Bhd
10. Keretapi Tanah Melayu Berhad
11. KUB Malaysia Berhad
12. Kumpulan Modal Perdana Sdn Bhd
13. Malaysia Debt Ventures Berhad
14. Malaysia Kuwaiti Investment Corporation Berhad
15. Malaysia Venture Capital Management Sdn Bhd
16. MARDEC Berhad
17. Padi Beras Nasional Berhad
18. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad
19. Perbadanan Nasional Berhad
20. Permodalan Nasional Berhad
21. Petroliam Nasional Berhad
22. Prokhas Sdn Bhd
23. Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd
24. Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd
25. Syarikat Prasarana Negara Berhad
26. UDA Holdings Berhad
SEKTOR INFRASTRUKTUR ( UDARA & LAUT ) (1)
27. Assets Global Network Sdn Bhd
28. Bintulu Port Holdings Berhad
29. Bintulu Port Sdn Bhd
30. Johor Port Berhad
31. K.L International Airport Berhad
32. KLIA Consultancy Services Sdn Bhd
33. Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd
34. Kuantan Port Konsortium Sdn Bhd
35. Malaysia Airport (Sepang) Sdn. Bhd.
36. Malaysia Airport Holdings Berhad
37. Malaysia Airline System Berhad
38. Malaysian Maritime Academy Sdn Bhd
39. MISC Berhad
40. Northport (M) Berhad
41. Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd
42. Pembinaan PFI Sdn Bhd
43. Penang Port Holdings Berhad
44. Penang Port Sdn Bhd
45. Westport (M) Sdn Bhd
SEKTOR TEKNOLOGI & INFRASTRUKTUR (PENGANGKUTAN DARAT)(3)
46. Aerospace Technology System Corporation Sdn Bhd
47. Astronautic Technology Sdn Bhd
48. Columbia Aircraft Manufacturing Corp. (Formerly Lancair Corp)
49. Commerce Dot Com Sdn Bhd
50. Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd
51. Cyberview Sdn Bhd
52. HICOM Holdings Berhad
53. Inno Bio Ventures Sdn Bhd
54. Jaring Communications Sdn. Bhd
55. Khazanah Nasional Berhad
56. Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd
57. MIMOS Berhad
58. Multimedia Development Corporation Sdn Bhd
59. National Aerospace & Defence Industries Berhad
60. PDX Dot Com Sdn Bhd
61. Perwaja Terengganu Sdn Bhd
62. SIRIM Berhad
63. Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd
SEKTOR SOSIAL
64. Bakun Hydro-Electric Corporation Sdn Bhd
65. Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd
66. Dataran Perdana Sdn Bhd
67. FELCRA Berhad
68. Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd
69. HVD Holdings Sdn Bhd
70. IJN Holding Sdn Bhd
71. Indah Water Konsortium Sdn Bhd
72. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
73. Irat Hotels & Resorts Sdn Bhd
74. JKP Sdn Bhd
75. Konsortium Baja Nasional Sdn. Bhd
76. Malaysian Resources Corporation Berhad
77. Media Prima Berhad
78. Medical Online Sdn Bhd
79. NINEBIO Sdn Bhd
80. Pembinaan BLT Sdn Bhd
81. Pengurusan Aset Air Berhad
82. Percetakan Nasional Malaysia Berhad
83. Piramid Pertama Sdn Bhd
84. Pos Malaysia Berhad
85. Professional Services Development Corporation Sdn Bhd
86. Radio Televisyen Malaysia Berhad
87. Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd
88. Sabah Electricity Sdn Bhd
89. Sarawak Electricity Sdn Bhd
90. Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd
91. Syarikat Perumahan Negara Berhad
92. Syarikat Perumahan Pegawai Kerajaan Sdn Bhd
93. Syarikat Tanah Dan Dana Harta Sdn Bhd
94. Telekom Malaysia Berhad
95. Tenaga Nasional Berhad

SENARAI SYARIKAT DI BAWAH MENTERI KEWANGAN DIPERBADANKAN SEPERTI PADA 11/01/2007

EKONOMI
1. Amanah Raya Berhad
2. Asean Potash Public Mining Co. Ltd. (Thailand)
3. Bank Pembangunan Malaysia Berhad
4. Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad
5. Bursa Malaysia Berhad
6. Export-Import Bank of Malaysia Berhad
7. FELCRA Berhad
8. Felda Holdings Berhad
9. International Rubber Consolidated Limited
10. Kedah Aquaculture Sdn Bhd
11. KUB Malaysia Berhad
12. Kumpulan Modal Perdana Sdn Bhd
13. Malaysia Debt Ventures Berhad
14. Malaysia Kuwaiti Investment Corporation Berhad
15. Malaysia Venture Capital Management Sdn Bhd
16. MARDEC Berhad
17. Padi Beras Nasional Berhad
18. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad
19. Perbadanan Nasional Berhad
20. Permodalan Nasional Berhad
21. Petroliam Nasional Berhad
22. Prokhas Sdn Bhd
23. Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd
24. Syarikat Tanah Dan Harta Sdn Bhd
25. Tradisi Gemilang Sdn Bhd
INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM
26. Assets Global Network Sdn Bhd
27. Bintulu Port Holdings Berhad
28. Bintulu Port Sdn Bhd
29. Johor Port Berhad
30. Kelang Multi Terminal Sdn Bhd (Westport)
31. Keretapi Tanah Melayu Berhad
32. KLIA Consultancy Services Sdn Bhd
33. Kuala Lumpur International Airport Berhad
34. Kuantan Port Konsortium Sdn Bhd
35. Malaysia Airline System Berhad
36. Malaysia Airport (Sepang) Sdn. Bhd.
37. Malaysia Airport Holdings Berhad
38. Malaysian Maritime Academy Sdn Bhd
39. MISC Berhad
40. Northport (M) Berhad
41. Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd
42. Penang Port Holdings Berhad
43. Penang Port Sdn Bhd
44. Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd
45. Syarikat Prasarana Negara Berhad
46. Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd
47. Pembinaan PFI Sdn Bhd
PERKHIDMATAN AM
48. Aerospace Technology System Corporation Sdn Bhd
49. Astronautic Technology Sdn Bhd
50. Columbia Aircraft Manufacturing Corp. (Formerly Lancair Corp)
51. Commerce Dot Com Sdn Bhd
52. Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd
53. Cyberview Sdn Bhd
54. HICOM Holdings Berhad
55. Inno Bio Ventures Sdn Bhd
56. Khazanah Nasional Berhad
57. Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd
58. MIMOS Berhad
59. Multimedia Development Corporation Sdn Bhd
60. PDX Dot Com Sdn Bhd
61. Perwaja Terengganu Sdn Bhd
62. SIRIM Berhad
63. Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd
64. National Aerospace & Defence Industries Berhad
SOSIAL
65. Bakun Hydro-Electric Corporation Sdn Bhd
66. Dataran Perdana Sdn Bhd
67. HVD Holdings Sdn Bhd
68. Indah Water Konsortium Sdn Bhd
69. Institut Jantung Negara Sdn Bhd
70. Irat Hotels & Resorts Sdn Bhd
71. JKP Sdn Bhd
72. Medical Online Sdn Bhd
73. Pembinaan BLT Sdn Bhd
74. Pengurusan Aset Air Berhad
75. Percetakan Nasional Malaysia Berhad
76. Piramid Pertama Sdn Bhd
77. Pos Malaysia Berhad
78. Professional Services Development Corporation Sdn Bhd
79. Radio Televisyen Malaysia Berhad
80. Sabah Electricity Sdn Bhd
81. Sarawak Hidro Sdn Bhd
82. Sports Toto Malaysia Sdn Bhd
83. Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd
84. Syarikat Perumahan Negara Berhad
85. Syarikat Perumahan Pegawai Kerajaan Sdn Bhd
86. Telekom Malaysia Berhad
87. Tenaga Nasional Berhad
88. UDA Holdings Berhad
89. IJN Holdings Sdn Bhd
90. Media Prima Berhad
91. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
92. NINEBIO Sdn Bhd
93. Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd
94. Malaysian Resources Corporation Berhad

Airbus terhempas lagi(camne ni produk br pon jahanam gak..)

SAN'A (Yemen): Sebuah pesawat Yaman terhempas di Lautan India, di Comoros dengan berita awal menyebut lebih 100 penumpangnya dipercayai maut, awal hari ini.

Pesawat Airbus 310 milik Yemenia Air itu dipercayai membawa warga Comoris dari Paris.
Setakat ini tiada butiran mengenai jumlah sebenar penumpang dan anak kapal serta punca nahas itu. - AFP

Sunday, June 28, 2009

From Prof. Aziz Bari - Kes Nizar : Sistem Demokrasi Negara Ini Menuju Kehancuran

Posted on Saturday, June 27 @ 23:59:00 PDT by TokPenghulu
Artikel Oleh: addin_77

"
Penghakiman bertulis Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak adalah tidak bertepatan dengan amalan rang undang-undang negara, kata Prof. Abdul Aziz Bari. Dalam penghakiman setebal 49 mukasurat itu yang dikeluarkan hari ini, Hakim Md Raus berkata Nizar telah hilang majoriti di Dewan Undangan Negeri Perak walaupun tiada undi tidak percaya dijalankan.

"Dalam kes ini, Zambry mempunyai sokongan majoriti 31 ahli dari 59 Ahli Dewan Undangan Negeri. Berdasarkan kepada fakta ini, Zambry dari BN mewakili keyakinan majoriti dan Sultan telah melantik beliau selaras dengan Undang-Undang Tubuh Negeri," kata Hakim Md Raus.


Dalam penghakiman beliau juga, Hakim Md Raus tidak bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim bahawa dalam mempertimbangkan soal keyakinan majoriti, usul undi tidak percaya terhadap Nizar Jamaluddin harus dibentangkan bagi menentukan samada Nizar telah atau tidak hilang keyakinan majoriti. "Hakikatnya adalah Majlis Exco, termasuk Menteri Besar, telah terbubar atas dasar mereka telah hilang keyakinan majoriti, sekiranya Menteri Besar tidak mengemukakan perletakan jawatan beliau dan Majlis Exco beliau," menurut Hakim Md Raus.

Mengulas hujah penting ini, Pensyarah Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu berkata hujah Hakim Md. Raus itu bagaimanapun masih boleh disanggah. Menurut Prof. Aziz Bari, keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim adalah lebih selaras dengan mengikut amalan rang undang-undang negara, kerana proses undi tidak percaya adalah proses tepat bagi menentukan secara muktamad apakah Nizar seorang Menteri Besar yang sah atau bukan.

"Memang betul soal keyakinan majoriti ini boleh ditentukan melalui pelbagai cara, tetapi menentukan keyakinan majoriti melalui proses undi tidak percaya adalah proses yang lebih bertepatan dengan amalan standard Dewan Legislatif," kata Prof. Aziz Bari. "Hujah Hakim Md. Raus ini seolah-olah mahu merombak terus proses yang menjadi amalan di semua dewan-dewan legislatif di negara-negara demokrasi. Saya tidak faham mengapa Hakim Md. Raus perlu berbuat demikian," katanya lagi.

Saturday, June 27, 2009

Bangi (27jun 9mlm) - Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man,Ust Idris Ahmad

Naib Presiden PAS Dato'Tuan Ibrahim Tuan Man dan Ketua Penerangan PAS Pusat Ust Idris Ahmad berceramah di Bangi malam ini..dapatkan penjelasan tentang isu2 semasa padat dan hangat!!!

Azab Terhadap Orang Yang Menyembunyikan Ilmunya

Posted on Thursday, June 25 @ 20:26:07 PDT by KetamBatu
Artikel Oleh: mtaq07

"Manusia merupakan makhluk Allah yang dianugerahkan akal fikiran yang mampu membentuk dan membangunkan sesebuah tamadun. Dengan ilmu pengetahuan yang begitu luas di muka bumi ini, manusia mampu merekacipta serta bersaing sesama mereka untuk mewujudkan teknologi yang pelbagai yang diadaptasikan dari sumber semulajadi yang Allah jadikan untuk kegunaan manusia serta makhluk lain di dunia ini.

Setiap kejayaan yang dikecapi oleh manusia pada hari ini perlulah disyukuri dan sentiasa menunaikan ibadah kepada Allah serta melakukan amar ma’ruf nahi munkar.

Perlu kita ketahui serta memahami bahawa segala ilmu yang ada di mukabumi ini adalah milik Allah S.W.T dan Al-Quran merupakan ibu segala ilmu yang mencakupi segala ilmu yang wujud di alam ini tidak kira samada ilmu sains, matematik, astronomi dan sebagainya bersangkut-paut dengan Al-Quran apatah lagi ilmu agama yang begitu luas manfaatnya. Namun berapa ramai yang menggunakan ilmu yang dimiliki ke jalan yang diredhai Allah walaupum mereka sedar hasil kajian dari ilmu yang dimiliki mereka semuanya boleh membantu mereka di jalan dakwah kerana mereka sedar setiap ilmu serta kajian yang mereka dapati semuanya membawa kepada penemuan kebesaran Allah S.W.T

Seseorang itu apabila bergelar seorang profesionalisme akan menemui pelbagai kebesaran Allah melalui hasil kajian mereka seperti kejadian manusia, kejadian alam semesta dan sebagainya apabila merujuk Al-Quran kerana Al-Quran telah menceritakan segala penciptaan-Nya di alam semesta ini. Seseorang yang berkelulusan dalam bidang pengajian agama pula akan merasa lebih yakin serta mempunyai keimanan yang tinggi setelah mempelajari pelbagai selok-belok agama. Namun sebahagian dari mereka tidak kira golongan profesionalisme atau golongan berkelulusan agama apabila mendapat sedikit nikmat serta habuan dunia akan mula melupai tugas mereka sebagai khalifah di mukabumi ini dalam mengajak manusia ke jalan kebenaran.

Cuba kita renungkan berapa ramai orang yang mempunyai ilmu takut untuk menyuarakan pendapat serta menyatakan sesuatu kebenaran walaupun mereka mengetahui akan kebenarannya. Mereka seolah-olah takut kehilangan pangkat serta harta yang sedikit sehingga berusaha untuk mengelak dari menyatakan kebenaran. Cuba kita lihat berapa ramai orang yang berilmu segan-silu untuk memberikan sumbangan serta khidmat kepada masyarakat di sekeliling mereka yang memerlukan bimbingan mereka. Kemanakah mereka menghilang apabila mereka diperlukan disisi agama pada setiap masa. Adakah tugas mereka hanya sekadar mencari mata pencarian untuk memenuhi kenikmatan dunia yang sedikit. Mereka ini mementingkan kehidupan mereka sahaja apabila setiap hari pergi bekerja kemudian pulang ke rumah untuk berehat tanpa menghiraukan keadaan masyarakat di sekeliling mereka. Mereka yang bersifat suka menyembunyikan ilmu serta kebenaran ini telah dijanjikan oleh Allah akan beroleh azab yang pedih di akhirat kelak. Hal ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud:


174. Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab suci Yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia Yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi Dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.

Hudud : Jamil Khir ikhlas atau sekadar gimik PRK? (adik beliau pnah mngajar aku dlu2..PAS hangit!!)

Posted on Friday, June 26 @ 17:50:55 PDT by BudakJalanan
Artikel Oleh: adley

"

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata di Dewan Rakyat semalam bahawa hudud boleh diperakui dilaksanakan untuk membanteras jenayah ragut di negara ini.

Kejadian ragut semakin menjadi-jadi di dalam negara kita kerana dikatakan penjenayah tidak takut kepada tindakan undang-undang yang dikenakan jikalau mereka diberkas dan didapati bersalah.

Saranan Jamil Khir di Parlimen ini telah mendapat reaksi yang negatif dari parti Gerakan.



Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin berkata, kenyataan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan dan rasa tidak senang di kalangan rakyat, khususnya bukan Islam.

Tambah Lim lagi, walaupun hanya umat Islam tertakluk kepada hukum hudud, tetapi anggota masyarakat lain merasakan ia tidak sesuai dengan masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini.

Namum begitu, jikalau benar hukum ini hendak dilaksanakan, saya amat-amat menyokongnya.

Tetapi, yang menjadi persoalan sekarang, adakah saranan Jamil Khir ini benar-benar ikhlas? Adakah saranan dia ini telah mendapat kebenaran dari Perdana Menteri sendiri?

Adakah saranan ini hanya sekadar untuk menarik pengundi beragama islam yang menjadi majoriti di dalam Pilihanraya Kecil Dun Manik Urai yang bakal dijalankan pada bulan hapadan itu nanti?

Saya teringat semasa Pilihanraya Kecil Dun Bukit Payung, Terengganu pada tahun 1990an dahulu.

Ketika itu negara baru sahaja selesai mengadakan Pilihanraya Umum ke-8 pada tahun 1990. Pada PRU itu, kemenangan calon Pas telah dibatalkan oleh mahkamah atas beberapa sebab teknikal.

Maka, pilihanraya baru terpaksa diadakan di situ dan akhirnya telah memberi kemenangan kepada calon Umno iaitu Datuk Dr Abdul Latif Awang.

Pada PRU-8 itu juga, Pas telah berjaya merampas negeri Kelantan dari Umno dan Tok Guru Nik Aziz telah dilantik menjadi Menteri Besar.

Pada waktu itu, isu perlaksanaan hukum hudud di Kelantan yang dicadangkan oleh kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Aziz hangat diperbincangkan di seluruh negara.

Jadi, Tun Mahathir yang masih menjadi Perdana Menteri pada waktu itu telah turun ke Bukit Payung untuk sama-sama berkempen untuk barisan Nasional.

Diantara ucapan Tun Mahathir pada ketika berkempen itu ialah, berkemungkinan dia akan meluluskan perlaksanaan hudud di negeri Kelantan.

Walau bagaimana pun, setelah PRK Bukit Payung itu berakhir, Tun Mahathir tetap tidak membenarkan hukum yang diturunkan oleh Allah itu dilaksanakan. Malah Tun sendiri menghina hukum itu sebagai tidak adil dan bermacam-macam lagi.

Oleh itu, kata-kata Tun Mahathir sewaktu berkempen di Bukit payung itu dilihat tidak lebih dari cubaannya untuk mengelirukan pengundi melayu-muslim di sana. Tambahan pula, kedudukan Bukit Payung itu tidak jauh dari kubu kuat Pas iaitu di Rusila, kawasan tradisi Tok Guru Hj Hadi Awang.

Oleh itu, adakah tektik yang pernah dilakukan oleh Umno melalui Tun Mahathir sendiri ketika berhadapan dengan Pas di PRK Bukit Payung itu dulu akan diulangi oleh Jamil Khir untuk Umno berhadapan dengan Pas di PRK Manik Urai pula?

Percaturan Hishamudin Akan Menambah Pecah Belah UMNO Terengganu

Posted on Thursday, June 25 @ 10:27:14 PDT by BudakJalanan
Berita

Oleh SM Noor

PAS Terengganu tidak sedikit pun berasa gentar dan tergugat dengan perlantikan pimpinan tertinggi UMNO Terengganu dan yakin segala pendekatan yang diambil, bakal menemui kegagalan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik berkata, Pengerusi UMNO Terengganu yang baru, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein tidak akan mampu menyatupadu dan memperkukuhkan UMNO Terengganu



Percaturan Hishammuddin melantikan kepimpinan baru tersebut tidak akan memberi sebarang keuntungan kepada rakyat negeri ini, bahkan akan menyebabkan UMNO terus berbalah dan semakin berpecah

(Gambar - tindakan Hisham mengangkat keris dalam perhimpunan Agong UMNO dianggap oleh kaum Cina memecahbelahkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum)

Katanya UMNO Terengganu telah pun berpecah kepada dua kumpulan sebelum ini iaitu kumpulan yang menyokong Menteri Besar Dato’ Ahmad Said dan kumpulan yang menyokong bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idirs Jusoh.

Dengan Hishamudin yang bukan orang tempatan, dilantik sebagai Pengerusi UMNO Terengganu, katanya, UMNO kini menjadi tiga puak.

“Sebelum ini kita semua sudah maklum UMNO ada dua puak iaitu kumpulan Idris dan Ahmad Said, sebagai Pengerusi UMNO negeri, kehadiran Hishammuddin akan jadikan UMNO Terengganu kepada tiga puak,

“Oleh itu, pelantikan (pimpinan tertinggi yang baru) ini memang tidak akan untungkan orang Terengganu, perpecahan akan terus berlaku dan keadaan UMNO (akan) menjadi lebih parah berbanding sebelum ini,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata demikian dalam mengulas pelantikan Dato’ Tengku Putera Tengku Awang, Dato’ Ahmad Shabery Cheek dan Dato’ Abdul Rahin Mohd Said sebagai Setiausaha, Ketua Penerangan serta Bendahari UMNO negeri baru.

Katanya, tindakan yang dilakukan Hishammuddin hanya pada zahirnya sahaja dilihat menyatukan UMNO Terengganu.

“namun, pemimpin UMNO pusat itu sekarang sebenarnya sedang mencengkam dari segi politik dan ekonomi,

”samada kebetulan atau disengajakan, tiba-tiba muncul kes rasuah yang dikaitkan dengan dua pemimpin UMNO Terengganu yang digugurkan,

”mungkin kedua-duanya tidak akan didakwa selepas ini dan Hishamudin sebagai Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa dalam hal tersebut,”tambahnya.

Friday, June 26, 2009

King of Pop Michael Jackson dies, aged 50

By Bob Tourtellotte

LOS ANGELES (Reuters) - Michael Jackson, the child star turned King of Pop who set the world dancing but whose musical genius was overshadowed by a bizarre lifestyle and sex scandals, died on Thursday. He was 50.

Michael Jackson waves to supporters as he leaves the Santa Barbara County Courthouse after he was found not guilty in Santa Maria, California in this file photo taken on June 13, 2005. (REUTERS/Gene Blevins/Files)

Jackson was pronounced dead at 2:26 p.m. PDT (2126 GMT) after arriving at a Los Angeles hospital in full cardiac arrest, said Fred Corral of the Los Angeles County Coroner's office. The cause of death was not known and an autopsy would likely take place on Friday, he said.

Jackson was taken ill at home and his personal physician tried to resuscitate him but could not, his brother Jermaine told reporters. He was taken by paramedics to the hospital, where doctors worked for more than an hour to try to revive him before pronouncing him dead, the brother said.

Late Thursday, his body was flown by helicopter from the hospital to the coroner's office.

The self-styled "King of Pop," whose hits included "Thriller" and "Billie Jean," leaves behind a mountain of debt and an unfulfilled series of comeback concerts set for London in July. Many hoped the shows would rake in millions and erase his financial troubles.

Jackson's dramatic, one-gloved stage presence and innovative dance moves were imitated by legions of fans around the world who mourned his death.

His lifetime record sales tally was believed to be around 750 million. With his 13 Grammy Awards and boundary-breaking music videos he was one of the most successful entertainers of all time.

But Jackson's belief that "I am Peter Pan in my heart," his preference for the company of children, his friendship with a chimp, his high-pitched voice and numerous plastic surgeries also earned him critics and the nickname "Wacko Jacko."

Jackson led a reclusive life after his acquittal in 2005 on charges of child molestation, the second time he had faced ultimately unproved allegations of abuse of young boys.

"I am absolutely devastated at this tragic and unexpected news," said Quincy Jones, who helped arrange the music on the album "Thriller" and produced the "Off the Wall" album, said in a statement.

Celebrity tributes poured in for the singer who was one of the first black entertainers of the MTV generation to gain a big crossover following.

Pop star Madonna said: "I can't stop crying over the sad news ... I have always admired Michael Jackson. The world has lost one of the greats but his music will live on forever."

JACKSON'S HEALTH A QUESTION

Detectives from the Los Angeles Police Department's Robbery Homicide division searched Jackson's home in the Holmby Hills neighborhood of Los Angeles, saying they had been directed to do so by Chief William Bratton because of the media frenzy.

Police called the investigation an "every day" event and said they were assigned due to the high profile nature of it.

But Jackson was plagued by ill health throughout his adult years leading to speculation about his condition when he died.

As Jackson grew older he appeared to lighten his skin to a pale white -- which he said was caused by the skin pigmentation condition vitiligo. Last year he was photographed in Las Vegas in a wheelchair for reasons that were never explained.

Yet, even as he seemed to be sick, Jackson planned the series of comeback concerts in London starting July 13 to help erase debts that the Wall Street Journal reported ran to $500 million, citing people familiar with Jackson's finances.

He had been rehearsing for the past two months, including Wednesday night at Los Angeles' huge Staples Center arena.

Brian Oxman, a spokesman for the Jackson family, told CNN that the family had been concerned about the pop star's health and had tried in vain to take care of him for months.

"Michael appeared at rehearsals a couple of times, he was very seriously trying to be able to do those rehearsals. His use of medications had gotten in the way, his injuries which he had sustained performing, where he had broken a vertebrae and he had broken his leg from a fall on the stage, were getting in the way," Oxman told CNN.

But the promoters of the London shows, AEG Live, said in March that Jackson had passed a 4-1/2 hour physical examination with independent doctors.

CHILD STAR TO MEGASTAR

Jackson was born on Aug. 29, 1958, in Gary, Indiana, the seventh of nine children. Five Jackson boys -- Jackie, Tito, Jermaine, Marlon and Michael -- first performed together at a talent show when Michael was 6. They walked off with first prize and went on to become a best-selling band, The Jackson Five, and then The Jackson 5.

Jackson made his first solo album in 1972, and released "Thriller" in 1982, which became a smash hit that yielded seven top-10 singles. The album sold 21 million copies in the United States and at least 27 million worldwide.

The next year, he unveiled his signature "moonwalk" dance move, gliding across the stage and setting off an instant trend, while performing "Billie Jean" during an NBC special.

But his personal life was troubled.

In 1993, Jackson was accused of sexually abusing a 13-year-old boy, but no charges were filed against him and the matter was settled out of court in 1994 with the boy's family.

The same year, Jackson announced he had become addicted to painkillers and abruptly canceled a world tour to promote his album, "Dangerous."

In 1994, Jackson married Elvis Presley's only child, Lisa Marie, but the marriage ended in divorce in 1996.

"I'm so very sad and confused with every emotion possible. ... This is such a massive loss on so many levels, words fail me," Presley said in statement.

Jackson married Debbie Rowe the same year and had two children, before splitting in 1999, and he later had another child with an unidentified surrogate mother.

He is survived by three children named Prince Michael I, Paris Michael and Prince Michael II, known for his brief public appearance when his father held him over the railing of a hotel balcony, causing widespread criticism.

Dozens of fans gathered near Jackson's modest boyhood home in Gary, to pay their respects to the entertainer who left the city long ago. Some deposited flowers or toys and others blared his hit songs from their car stereos.

In Los Angeles, fans waited outside the hospital, the coroner's office, and in New York, people gathered at the Apollo Theater in Harlem, singing Jackson hits and dancing in celebratory tribute.

(Additional Reporting by Jill Serjeant, Dan Whitcomb, Alex Dobuzinskis and Laura Isensee in Los Angeles, Andrew Stern in Chicago and Michelle Nichols in New York)

Copyright © 2008 Reuters

Thursday, June 25, 2009

Selama ini Mahkamah tak pernah buat kerja…

Posted on Thursday, June 25 @ 03:33:14 PDT by BudakJalanan
Artikel Oleh Amin Iskandar @ Black

Pagi tadi ke mahkamah untuk menghadiri salah satu perbicaraan kes Protes Harga Minyak. Seperti biasa, belum sempat perbicaraan dimulakan, mahkamah telah pun menangguhkan sesi tersebut ke hari esok diatas alasan Majistret “demam”. Tak mengapalah, kebanyakkan diantara kami telahpun bersedia untuk berdepan dengan perbicaraan yang panjang.

Mungkin, bila aku dah kembali ke Rahmatullah nanti, kes ni masih tak habis-habis.

Sebelum masuk kedalam mahkamah, aku dan dua orang lagi teman melihat begitu banyak banner yang berbunyi, “Buat Kerja” digantung merata-rata dihadapan mahkamah. Lihat gambar diatas sebagai contoh.

Lantas aku terfikir, patutlah banner “Buat Kerja” digantung, kes kami ni pun dah berkali-kali ditangguhkan sebelum perbicaraan sempat bermula.

Ertinya, selama ini mahkamah tidaklah menjalankan tanggungjawab mereka seperti yang sepatutnya! Sebab itulah mereka semua memerlukan banner yang bertajuk “Buat Kerja” digantung merata-rata agar mereka dapat mengingati kembali bahawa mereka mempunyai banyak pekerjaan yang tertangguh!

SPM 10 subjek : Info menarik untuk difikirkan

Posted on Thursday, June 25 @ 03:26:36 PDT by BudakJalanan
Artikel Oleh khairulrijal

Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM adalah merupakan kemuncak ujian @ terakhir pendidikan menengah atas yang proses keseluruhannya berjalan selama 17 tahun. Ia bermula pada sekira 1970-an dan mencapai sepenuh pelaksanaannya pada tahun 1980 selepas pemansuhan MCE. Berikut senarai Menteri Pelajaran Malaysia:

BilMenteriTahun berkhidmat
1Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein1955 – 1957
2Tan Sri Mohamed Khir Johari1957 – 1960
3Abdul Rahman Talib1960 – 1962
4Tun Haji Abdul Hamid Khan Bin Haji Sakhawat Ali Khan1962 – 1964
5Tan Sri Mohamed Khir Johari1965 – 1969
6Tun Abdul Rahman Yakub1969 – 1970
7Tun Hussein bin Dato’ Onn1970 – 1973
8Tun Dr. Mahathir bin Mohamad1974 – 1978
9Tun Musa Hitam1978 – 1981
10Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud1982 – 1984
11Abdullah bin Haji Ahmad Badawi1984 – 1986
12Datuk Seri Anwar bin Ibrahim1986 – 1991
13Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud1991 – 1995
14Najib bin Tun Haji Abdul Razak1995 – 1999
15Tan Sri Dato’ Seri Musa Mohamad1999 – 2004
16Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Datuk Dr. Shafie Mohd. Salleh

2004 – 2009
17Tan Sri Muhyiddin Yassin 2009

Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin

Sekarang

Ke mana halatuju pelajar selepas itu?

1. Matrikulasi atau kursus asas universiti seperti sijil, sijil kemahiran dan Diploma

2. STPM

3. Kursus luar negara seperti A-level.

Berapa peratus yang mengambil subjek lebih 10 subjek SPM?

Jawapannya – Kurang 10%. Manakala 90% tidak terkesan dengan isu ini.

Siapa mereka yang telah berjaya ketika itu?

Berikut pelajar SPM terbaik negara :

TahunNamaSekolahKeputusan
2003Ahmad Atiq Abdul HamidSekolah Menengah La Salle Klang, Klang14 1A, 1 2A
Nicholas Pang Tze PingSekolah Menengah All Saints, Kota Kinabalu14 1A, 2 2A
Celestina Johnny BouniuSekolah Menengah All Saints, Kota Kinabalu16 A
2004Nur Amalina Che BakriSekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram, Johor17 1A
2005Chin Shiang JinSekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu15 1A
Esther Elizabeth JackSekolah Menengah Kebangsaan Raja Lumu, Klang15 1A
Chong Huey EeSMK (P) Treacher Methodist, Taiping15 1A, 1 2A
2006Siti Fatimah MukhtarMaahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu17 1A
2007Azali Azlan – Gambar (memecah rekod SPM Terbaik 2004)SMK Agama Yan20 1A 1 2A
2008Nik Nur Madihah Nik Mohd KamalSMA (Agama) Maahad Muhammadi (Perempuan)19 1A 1 2A

Berdasarkan statistik pelajar cemerlang SPM diatas, berapa peratus pelajar melayu yang berjaya?

5 org = 50% pelajar melayu, 5 org = 50% pelajar cina.

Dari 50% pelajar melayu berkenaan, apakah latar belakang subjek yang diambil ? :

3 orang = 60% pelajar aliran Sains Agama manakala 2 orang = 40% lagi selajar aliran sains. Trend 3 tahun terakhir kebelakangan ini, ia adalah dari pelajar aliran Sains Agama.

Apa kesan sekiranya mata pelajaran SPM dihadkan 10 subjek?

Jawapan penulis – Kita tidak lagi dapat mencungkil potensi sebenar keupayaan pelajar kita dan ia menjadikan gred pelajar 10A adalah paling maksimum.

Ini bermakna kita akan dapat melihat lagi kejayaan anak-anak istimewa seperti Mohd Syafiq Sadon cacat penglihatan (SM Sains Kluang – 12A / SPM 2008), Aghilan Narayan (SMK Jalan Bukit, Kajang) peroleh 11A dalam SPM 2008 walaupun tidak pernah mendengar suara gurunya kerana cacat pendengaran!

Adakah subjek teras akan terganggu dengan pelaksanaan lebih 10 subjek?

Tentu sekali tidak!

Apa yang sepatutnya dibuat selain hadkan 10 subjek berkenaan?

Jawapan penulis –

Kementerian sepatutnya melihat dari sudut kurikulum dan ko-kurikulum yang yang lebih praktikal seperti mana yang dilaksanakan di setengah ipt.

Pada tahun 2008, 442,936 yang menduduki peperiksaan SPM dan lebih 100,000 pelajar yang tiada tempat ke mana-mana IPT mewakili 22.6 %. Oleh itu, pelaksanaan kurikulum yang efektif membantu pelajar berdikari dari mempelajari teori untuk menduduki bangku peperiksanaan semata-mata.

Contohnya, kajian seharusnya dilakukan supaya pembelajaran teori dan praktikal bergerak seiring sebagaimana kaedah pembelajaran politeknik, teori dan praktikal berjalan selari.

Sistem pemarkahan berasaskan ‘assesment’ semasa harus mempunyai nilai selain keputusan dalam peperiksaan besar seperti SPM. Pengalaman sekolah aliran teknik dan vokasional menjadi asas.

Contoh lain ialah Kursus Sains Paduan Malaysia (Malaysian Integrated Science Course), yang diperkenalkan pada tahun 1969, ujian amali sains telah diwajibkan ke atas pelajar aliran sains yang mengambil mata pelajaran sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah contoh terbaik bagi mata pelajaran bukan kemahiran yang mempunyai latihan praktikal.

Pengkelasan semula kaedah mata pelajaran teras. Apa maksud teras? Wajib ambil tapi tidak wajib lulus?

Contohnya Matematik Moden, Agama Islam @ Moral sepatutnya boleh dimasukkan sebagai mata pelajaran teras setaraf Bahasa Melayu. Wajib ambil dan wajib lulus.

Untuk mewajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris pula, ia perlu dilihat dari perbagai sudut. Ini faktor-faktor penting seperti kekurangan tenaga pengajar mahir lebih sukar dibandingkan dengan mata pelajaran Matematik dan Agama Islam. Ia boleh dilaksanakan tetapi bukan dalam masa terdekat. Terlalu banyak matapelajaran wajib lulus menjadi ianya tidak praktikal dan jika pelaksanaannya tergesa-gesa, ia bakal menambah lambakan pelajar melayu bertaraf SAP – Sijil Am Pelajaran.

Oleh itu, mengapa perlu hadkan 10 subjek yang penuntutnya tidak sampai 10%? Bukankah ia aset negara pada masa akan datang?

Anwar: Pemimpin PAS lebih pintar,UMNO kecundang

Posted on Thursday, June 25 @ 03:16:41 PDT by BudakJalanan
Artikel Oleh ZulMamak

"Umno kecundang lagi. Kali ini mereka tumbang dalam isu kerajaan perpaduan."Menurut Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, strategi yang cuba dipasang oleh Umno tidak menjadi sebaliknya mereka kecundang.

"Umno kecundang lagi dalam isu kerajaan perpaduan. Strategi mereka untuk meretakkan hubungan Pakatan Rakyat berkecai,"jelasnya dalam satu catatan di blog peribadinya.

Menurutnya, sambutan pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap kenyataan bersama amat positif sekali.

"Alhamdulillah, sambutan pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap kenyataan bersama amat positif sekali. Saya berulangkali menegaskan bahawa permasalahan yang sengaja digembar-gemburkan di media Umno dapat dileraikan seandainya pimpinan bersama menanganinya secara bijak,"ulasnya.

Tambahnya, pimpinan PAS ternyata lebih pintar dan pastinya berpaut kepada prinsip perjuangan seperti, 'istiqamah' yang disebut oleh Tuan Guru Nik Aziz dan memperkukuh institusi kenegaraan seperti "membanteras rasuah, memperbaiki badan kehakiman serta Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas dan adil" yang diucapkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi.

Selain itu, beliau turut menghargai peranan yang dimainkan oleh pimpinan tertinggi DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan pimpinan KeADILan, Dr Syed Husin Ali,Azmin Ali dan Saifuddin Nasution dalam isu kerajaan perpaduan.

"Kocakan kecil ini malah lebih mematangkan dan memantapkan Pakatan Rakyat,"tegasnya.

tahniah!!! Mohamad Sabu(abg mat) dilantik TPJ Pulau Pinang

Posted on Wednesday, June 24 @ 17:54:12 PDT by TokBatin
Berita Petikan Siasah

TASEK GELUGOR, 24 Jun: Bekas Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu telah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya II PAS Pulau Pinang bersama-sama dengan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Mujahid Yusuf Rawa yang dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya I.

Turut dilantik ialah Yang Dipertua PAS Kawasan Kepala Batas, Rosidi Hussain sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS III Pulau Pinang. Manakala bagi jawatan setiausaha Fazhil Kerni dilantik semula.Bendahari disandang oleh Taqiudin Hamzah.Untuk jawatan Ketua Penerangan, Zulkiply Ishak daripada kawasan Kepala Batas turut dilantik.

Ahli Jawatankuasa yang turut dilantik ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, Hamdan Abdul Rahman, Halim Kader, Rosli Hasan, Jamaludin Said dan Bukhari Ghazali.

Demikian dinyatakan oleh Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Salleh Man.

Wednesday, June 24, 2009

PAS mesti rebut peluang 12juta pengguna internet

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Hrkh) - PAS mesti merebut peluang yang terdedah
dengan sejumlah 12 juta rakyat negara ini mengakses internet sekali
gus mendekatikan parti itu dengan hubungan yang lebih luas, pantas dan
berpengaruh.

Mantan Pengerusi Lujnah Penerangan PAS Pusat, Dato' Mahfuz Omar yang
kini Naib Presiden PAS berkata, pendekatan dan pencambahan teknologi
maklumat dalam era globalisasi, kini memberi peluang kepada PAS untuk
berada di sisi segenap lapisan masyarakat dalam negara ini.

Katanya, fenomena-fenomena seperi Facebook dan blog seharusnya
dimanfaatkan oleh PAS bukan sahaja dalam konteks kekeluargaan dan
pengajian tetapi dalam konteks lebih luas termasuklah panyaluran
maklumat dalam bidang politik.

Dalam satu majlis ringkas penyerahan tugas, Mahfuz turut menyerahkan
beberapa dokumen dan cakera padat yang mengandungi maklumat Lujnah
Penerangan kepada pengerusi yang baru iaitu Ustaz Idris Ahmad di
Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut, 22 Jun lalu.

Mahfuz juga mengharapkan Lujnah Penerangan dapat mewujudkan kumpulan
pembaca dan penulis media utama sebagai usaha membentuk pemikiran dan
fikrah rakyat terhadap persoalan dan isu yang berbangkit dalam negara.

Sehubungan itu, beliau juga yakin di bawah kepimpinan penggantinya,
Idris Ahmad akan membentuk kumpulan penonton dan pemanggil khususnya
dalam siri program realiti yang bersifat wacana intelektual.

"Kita memanfaatkan pendekatan ini supaya ada kumpulan penonton dan
pemanggilan terus membuat panggilan terhadap rancangan yang disiarkan
siaran langsung yang banyak membincangkan isu-isu semasa.

"PAS harus mengambil kesempatan ini dalam pelbagai bentuk strategi
untuk menyampaikan pendapat dan pandangan dalam pelbagai isu,"
katanya.

Bahkan Mahfuz juga percaya dengan pendekatan ini PAS mampu menguasai
pemikiran masyarakat walaupun tidak boleh memonopoli media.

"Kalaupun kita tidak boleh menguasai media arus perdana ini tetapi
kita boleh menguasai pendekatan kumpulan pembaca," katanya yang
mengharapkan pendekatan ini akan memberi lonjakan lebih besar untuk
PAS mencipta kemenangan dalam PRU-13.

Dalam pada itu, Idris optimis rakyat akan berubah apabila ada maklumat
benar yang disampaikan kepada mereka.

"Inilah tanggungjawab besar Lujnah Penerangan untuk memberi pemahaman
kepada rakyat," katanya.

Idris tidak menafikan masyarakat luar bandar lebih mempercayai medium
penyiaran yang dianggap paling berkesan mempengaruhi mereka,
bagaimanapun PAS akan memastikan maklumat akan sampai ke akar umbi.

Bagaimanapun, katanya dengan wujudnya akhbar alternatif dan blog-blog
di dalam internet sekali gus, maklumat itu disampaikan kepada ahli
keluarga yang berada di luar bandar.

"Kita akan bekalkan maklumat ini kepada jentera penerangan di
peringkat kawasan kita bekalkan isu peringkat nasional serta pendirian
parti serta dasar," katanya. - mns

baca nih!!!! - Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan

Posted on Monday, June 22 @ 19:00:00 PDT by BudakJalanan
Kenyataan Media Oleh Pakatan Rakyat



Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:
1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.


2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.
3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.
DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG
LIM KIT SIANG

al-fatihah utk arwah ust fauzinaim...

arwah panah mngajar aku dlu2...beliau mngajar masa aku form5..dgn rotan,pekik kn beliau lah aku bjaya capai cita2 aku skarang nih..

wakakakaakaka!!!! - Pemuda Rasuah janji akan gempur Manek Urai

Posted on Tuesday, June 23 @ 20:30:00 PDT by TokPenghulu
Artikel Oleh: WFAUZDIN NS

SEORANG Pemuda yang menjadi Ketua Pemuda yang disabitkan atas penglibatan rasuah oleh Lembaga Disiplin partinya sendiri semasa pemilihan Ketua Pemuda Umno yang lalu bertekad dan berazam untuk menggempur Manek Urai. Tidak pasti pula apakah yang mahu digempurkannya di Manek Urai samada untuk menggempur rasuah atau memberi rasuah.

Pemuda dari Rembau ini pernah menjalankan operasi besar-besaran mengangkut pengundi-pengundi dari luar Kelantan terutamanya di sekitar Kuala Lumpur untuk dibawa ke Kelantan semasa Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu. Maka, dicetak berbagai tulisan pada baju yang diberi percuma serta disediakan bas untuk operasi tersebut dan ternyata mendapat sambutan yang amat luar biasa sekali.


Maka, berhimpunlah sekalian warga Kelantan di perantauan untuk pulang ke negeri tanah tumpah mereka bagi menentukan nasib negeri Kelantan di dalam pilihanraya tersebut. Ditakdirkan Allah, usaha pemuda Rembau berkenaan telah membantu Pas di bawah Tuan Guru Nik Aziz mencapai kemenangan besar di Kelantan. Tahniah kepada pengundi-pengundi luar yang bijak dan cerdik mengambil kesempatan dari program yang `bijak' dari pemuda Rembau ini. Di Manek Urai kali ini, tidak terdengar pula cerita pemuda bijak Rembau ini untuk mengulangi program yang sama. Tetapi difahamkan kali ini beliau akan membawa gerombolan pemuda setianya untuk menggempur Manek Urai termasuk pemidato-pemidato yang baru dilatih `berkokok' ini.

Nescaya gegak gempita lah Manek Urai dengan `kokokan' pemuda-pemuda Umno di bawah Ketua Pemuda yang terlibat dengan rasuah politik ini nanti. Hingarnya nanti Manek Urai apabila ditambah pula dengan kehadiran dua raja tanpa mahkota iaitu Ezam raja sesumpah dan Berahim raja katak. Percayalah, kali ini bukan Tuan Guru Nik Aziz yang bakal menjadi mangsa mereka semasa kempen nanti tetapi tidak lain tidak bukan adalah musuh ketat Umno iaitu DS Anwar. Mereka amat memahami bahawa untuk meruntuhkan PR, orang pertama yang mesti `dibunuh atau dikorban'kan adalah DS Anwar. Mereka yakin dan percaya, kegagalan Kerajaan Perpaduan yang diidamkan oleh Umno gagal dicapai adalah kerana kepintaran DS Anwar menjaga perpaduan dan sepakatan di dalam PR. Memang benar, DS Anwar adalah bekas pemimpin Umno dan beliau bukan maksum. DS Anwar telah menerima kifarah dari kesilapan beliau yang lampau, tetapi seburuk-buruk DS Anwar dahulu pun jauh lebih baik dari pemimpin yang ada dalam Umno sekarang.

Amat silap pemuda Rembau ini memilih tempat untuk `berkokok' apatah lagi ingin mendendangkan lagu ketuanan Melayu, pembangunan, penyelewengan dan rasuah. Untuk berbicara soal agama, jauh sekali. Tiada jalan lain lagi untuk mereka dendangkan kecuali mengikut irama dan lagu yang lama. Isu Kerajaan Perpaduan tidak lagi releven kerana isu ini telah dikapan dan disemadikan di kubur yang bakal bersebelahan dengan kubur Umno di Manek Urai nanti.

Mungkinkah akan wujud lagi watak `Minah Ronggeng' di Manek Urai beberapa hari lagi? Atau mungkinkah akan ada upacara `bersumpah' sepertimana yang berlaku di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu dahulu? Juga tidak mustahil sehari dua ini akan tersiar berita beratus dan beribu ahli-ahli Pas dan PKR di Manek Urai menyerah borang memasuki Umno. Ini semua tidak menghairankan kita kerana strategi dan tipu daya Umno sudah lama berada di dalam poket rakyat Kelantan. Bahkan, dikatakan oleh orang-orang Kelantan sekiranya terjumpa tahi di tepi jalan, mereka sudah kenal rupa tahi orang-orang Umno ini. Itulah kelebihan orang Kelantan dan tentunya tidak sama dengan orang Rembau.

Rukun Iman: ICT menerangkannya

Posted on Wednesday, June 24 @ 05:30:00 PDT by BudakJalanan
Agama Oleh: modayu

"

Assalamualaikum. Tengah dok lepak-lepak sambil picit-picit kekunci handphone ni teringat pula masa kecil-kecil dulu mengaji dimasjid kat kampong sana. Pukul 9 am jer saya mengayuh basikal sejauh 2 km untuk pergi belajar mengaji Alquran dan juga fardhu ain bersama ustaz aziz.

Banyak pahala ustaz aziz kerana mengajar kami tak jemu-jemu. KAdang-kadang beliau belanja kami makan jajan dengan dihantarnya saya kekedai untuk membeli. Indah sungguh kenangan tersebut sampai kehari ini saya tidak dapat melupakannya.



'Rukun islam ada 5 perkara dan rukun iman ada 6 perkara.',begitulah antara yang kami belajar dimasjid itu.Rukun islam itu adalah 1-Mengucap 2 kalimah syahadah,2-mendirikan solat, 3-Berpuasa dibulan ramadhan 4-menunaikan zakat 5- mengerjakan haji dibaitullah. Senang untuk mengingati rukun islam ini kerana kita faham dan kita nampak dengan mata sendiri bagaimana rukun-rukun itu dilakukan.

RUkun iman ada 6 perkara. 1-Percaya kepada Allah 2-Percaya kepada Malaikat 3- Percaya kepada Nabi dan rasul 4-Percaya kepada Kitabullah 5-percaya kepada hari akhirat 6-percaya kepada qada dan qadar.Dari segi hafalan memang senang jer nak ingat rukun iman ini.Tapi realitinya memang sukar nak gambarkan.Yang kita nampak dengan mata kasar ini cuma percaya kepada kitab sahaja.Sedangkan yang lagi 5 tuh hanya percaya jerlah tanpa dapat melihat apa yang dinamakan itu.

Setelah dewasa ini dan biasa bermain dengan dunia teknologi ICT ni,saya mula terpikir bahawa Allah telah singkap sedikit ilmuNya kepada kita.Rupa-rupanya mempercayai dan menyakini rukun iman itu adalah seperti kita meyakini dan mempercayai teknologi ICT ini.Apa yang saya cuba gambarkan disini adalah dari sudut fahaman saya sahaja dan bertujuan untuk meilhat Allah itu tidak suruh meyakini sesuatu tanpa usul periksa.

Teknologi MMS ataupun video call yang selalu kita gunakan apabila kita menelefon isteri,anak-anak ataupun ayah ibu dikampong itu tersimpan satu bukti bahawa isra' dan mikraj nabi kelangit itu adalah benar dan kepercayaan saidina abu bakar terhadap ceritu nabi itu amat berasas.Kefahaman tentang ini Allah bongkarkan melalui teknologi ICT itu sendiri.Saya boleh melihat saudara saya secara terus 'real time' di USA dan berbicara dengannya tanpa perlu saya berada disisinya hanya dengan satu video call sahaja.Hanya dengan beberapa saat sahaja saya sudah 'berada' diUSA dan 'pulang' kembali ke Malaysia dalam hanya beberapa saat sahaja.Tidakkah ini sebenarnya rahsia yang Allah beri sedikit demi sedikit untuk kita meyakini bahawa adalah benar bahawa nabi Mohammad pergi kesidratul muntaha dalam 1/3 malam sahaja.

Komputer dan perisian yang selalu kita gunakan untuk melayari internet dan juga membuat kerja-kerja yang lain juga tersimpan satu rahsia bahawa percaya kepada Allah,Malaikat,Rasulullah,Hari akhirat dan juga Qada dan Qadar itu wajib dan benar sifatnya.Saya percaya Allah,tetapi tidak pernah melihat Allah dan tak pernah berjabat tangan pun dengan ALlah.Sama juga pada Malaikat,rasul,Akhirat mahupun Qada dan qadar.Tetapi dalam dunia ICT,rupanya Allah bungkarkan rahsianya bagaimana kepercayaan rukun iman itu ada asas dan menepati teori hukum akal.Saya lihat pada 'screen' komputer saya sebuah kereta mercedes yang mewah sedang melungsur laju diatas jalan raya.Saya nampak itu adalah kereta mercedes,tapi saya tak dapat nak pegang kereta itu malah saya hanya menyentuh LCD screen sahaja bila cuba untuk menyentuh kereta didalam screen tersebut.Walaupun begitu saya tetap percaya bahawa itulah kereta mercedes berdasarkan pandangan mata saya.Begitulah rukun iman yang sememangnya kita harus yakin dan boleh diyakini dengan pandangan hati kita yang bersih.

SMS dan juga voice call ini membongkarkan bahawa Alquran yang diturunkan oleh Allah dengan perantaraan Jibrail itu kepada NAbi adalah wajib dipercayai.NAbi tidak mereka reka Alquran itu dengan fikirannya sendiri walaupun tiada siapa dapat melihat makhluk yang menghantar Alquran itu kepada nabi dengan mata kasar kita.Saya menerima 'call/SMS' dari ayah saya dikampong yang menyuruh saya pulang segera.Saya patuh pada arahan itu dan saya tunjukkan kepada boss saya agar memberi saya pelepasan cuti kerana arahan ayah saya.Boss saya tentu mempercayainya kerana beliau melihat ataupun mendengar perbualan saya dengan ayah saya menyuruh saya pulang.Boss saya tidak pernah nampak ayah saya tetapi mempercayai 'gajet handphone' saya itu atas dasar teknologi yang terhasil dan amat dipercayai.Oleh itu walaupun jibrail tidak kelihatan ketika menghantar Alquran kepada nabi,dengan sebab percaya kepada Allah yang berkuasa maka permasalahan itu selesai dan Alquran itu memang benar dari Allah dan bukan hasilan nabi.

Kita sentiasa diingatkan agar berbuat baik dimana sahaja kita berada.Ini adalah kerana Allah sentiasa melihat kita dan tahu kita dimana walaupun kita menyorok didalam gua sekalipun.Dahulu kalau kita ingin mengajak kawan bermain bola,kita perlu pergi kerumahnya untuk menjemput dia bermain sekali.Jika kawan kita tiada dirumah,maka sukarlah kita mencarinya.Tetapi dengan teknologi komunikasi ini,pergilah kawan tuh kemana sahaja,dengan satu panggilan sahaja kita sudah tau dimana dia berada ketika itu.Tidakkah ini menggambarkan Allah tau dimana kita dan apa yang kita lakukan.

Berkat ilmu ustaz aziz yang mengajar saya dulu-dulu tuh.Masa dia terangkan dulu saya pun main percaya jerlah apa yang diajar tapi rupa-rupanya baru sekarang saya faham mengapa kita tidak boleh pertikai tentang rukun iman itu walaupun ada harinya saya nakal juga.Semoga dengan kefahaman tujuan ilmu itu diberikan kepada kita,adalah lebih kepada membesarkan Allah yang maha perkasa dan bijaksana.

Perkasakan Pembelajaran Bahasa Inggeris, Mansuhkan PPSMI Segera

Posted on Tuesday, June 23 @ 22:00:00 PDT by TokPenghulu
Kenyataan Media Oleh Mohd Ezli Mashut

Angkatan Muda Keadilan Selangor menyuarakan kebimbangan kepada nasib para pelajar yang gagal dalam subjek bahasa Inggeris yang menduduki peperiksaan SPM kelak akibat keputusan terbaru kerajaan. AMK Selangor berharap pihak kerajaan dapat menilai semula keputusan wajib lulus dalam SPM ini serta menjalankan kajian mendalam serta mendapatkan pandangan pakar-pakar dan rakyat keseluruhannya sebelum sebarang dasar drastik ini dilaksanakan.

AMK Selangor berpendapat keputusan tersebut realitinya tidak banyak membantu pelajar dan graduan negara ini untuk menguasai dengan baik dan cemerlang dalam bahasa Inggeris. Malahan yang perlu dilakukan segera ialah bagaimanakah pihak kerajaan dan semua pihak dapat memperbaiki tahap mutu penguasaan bahasa Inggeris serta memperkenalkan pembaharuan pembelajaran yang boleh membantu penguasaan bahasa Inggeris ditahap terbaik semenjak awal persekolahan sehingga ke pengajian tinggi.

AMK Selangor menggesa agar aspek pembelajaran subjek Bahasa Inggeris perlu diperkukuhkan dalam semua aspek sehingga para pelajar dapat menguasainya dengan baik serta memuaskan. Keputusan mengenakan wajib lulus bahasa Inggeris untuk SPM bukan jalan penyelesaian terbaik bagi menggalakkan dan mendorong minat pelajar untuk menguasai subjek bahasa Inggeris. Malahan pendekatan pembelajaran intensif serta terbaik dalam pembelajaran perlu diperkasakan dahulu.

AMK Selangor yakin para pelajar di negara ini mempunyai potensi dan berkemampuan untuk lulus dalam subjek bahasa Inggeris. Namun AMK Selangor menyuarakan kebimbangan nasib masa hadapan para pelajar yang gagal dalam subjek ini yang dikhuatiri akan menjejaskan psikologi mereka serta peluang untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi. Kerajaan perlu memikirkan kos dan masa yang perlu dibelanjakan pula untuk pelajar yang gagal dalam subjek bahasa Inggeris yang perlu mengambil semula subjek ini kelak dan jumlahnya dibimbangi amat besar.

Kebimbangan ini juga diasaskan kepada tahap mutu kaedah pembelajaran bahasa Inggeris masih belum mencapai tahap di mana para pelajar boleh penguasai aspek komunikasi dan penulisan dengan baik. Masih ramai lagi pelajar yang tercicir dan memerlukan pelan tindakan khusus untuk mereka menguasai bahasa Inggeris. Para pelajar tidak wajar dijadikan mangsa keadaan akibat keputusan yang dilakukan secara terburu-buru dan tidak berpaksikan kepada sebarang kajian mendalam serta mengambil pandangan para intelek dan rakyat.

Kita amat memahami bahawa pelajar di negara ini sudah didedahkan dengan pembelajaran bahasa Inggeris bermula sejak darjah satu atau pra-persekolahan. Namun hakikatnya masih ramai pelajar di negara ini belum mencapai tahap penguasaan bahasa Inggeris yang baik dalam komunikasi, penulisan, tatabahasa dan pemahaman walaupun telah didedahkan dengan subjek ini lebih 10 tahun sebelum menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Justeru, apakah ada yang tidak kena dengan teknik pembelajaran bahasa Inggeris di negara ini ?.

Malahan di peringkat pengajian tinggi juga penguasaan terhadap bahasa Inggeris masih belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Banyak lagi yang perlu dirancang serta dilakukan agar penguasaan bahasa Inggeris para pelajar dan graduan di negara ini meningkat dengan mendadak serta dapat bersaing pula di peringkat global.

AMK Selangor mencadangkan pihak kerajaan dan semua pihak berusaha memikirkan dan melaksanakan modul pembelajaran yang lebih terkini, menarik dan interaktif melalui perlaksanaan pembelajaran yang intensif kepada pelajar. Pihak kerajaan juga boleh mengadakan wacana dan perbincangan terbuka secara intelektual yang melibatkan pakar dalaman dan luar negara untuk menghasilkan pembaharuan dalam pembelajaran bahasa Inggeris di negara ini.

Kita juga mencadangkan agar penubuhan sebuah suruhanjaya penambahbaikan pembelajaran bahasa Inggeris yang akan mengkaji pelbagai sudut kelemahan sistem penyampaian dan membuat cadangan praktikal untuk dilaksanakan.Ianya perlu melibatkan pelbagai pihak yang mempunyai kredibiliti dan keupayaan di kalangan professional, intelek dan penggubal dasar samada dalam negara dan antarabangsa. Suruhanjaya ini diharap mampu memperkenalkan reformasi untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Inggeris kepada pelajar di semua peringkat.

Sudah tiba masanya kerajaan menilai pencapaian mutu pembelajaran bahasa Inggeris di negara ini bermula daripada peringkat rendah, menengah dan universiti. Mungkin ada beberapa aspek kelemahan selama ini yang tidak di atasi segera dan baik sehingga menyebabkan dalam tempoh pembelajaran yang begitu lama masih tidak mencapai tahap yang baik serta memuaskan.

Dalam pada itu , AMK Selangor mendesak agar penggunaan bahasa Inggeris untuk subjek matematik dan sains dikembalikan semula kepada Bahasa Melayu. Pelbagai pihak sudah mengutarakan bantahan ini, namun sehingga ke hari ini pihak kerajaan tidak mengambil suara bantahan dalam isu PPSMI ini.

Hasil satu kajian terhadap PPSMI ini yang dijalankan mendapati dasar penggunaan Bahasa Inggeris untuk meningkatkan kefahaman konsep, ilmu dan kemahiran Matematik dan Sains pelajar tidak tercapai, bahkan kesannya adalah negatif. Ini ialah kerana kebanyakan guru sendiri lemah penguasaan mereka dalam Bahasa Inggeris untuk menerangkan dengan jelas dan selesa konsep, ilmu dan kemahiran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Kebanyakan pelajar, terutama pelajar Melayu dan Bumiputera lemah Bahasa Inggeris. Malahan kaum-kaum lain juga mengalami cabaran yang sama dalam hal ini. Kedua-dua faktor ini berganda akibatnya, menyebabkan murid sukar memahami pengajaran guru Sains dan Matematik, mereka juga tidak cekap membaca buku teks mereka dalam Bahasa Inggeris. Dengan itu pelajar lemah dalam Matematik dan Sains

AMK berharap keputusan yang akan diumumkan pada awal bulan Julai ini dengan segera memansuhkan PPSMI ini. Kerajaan perlu memperbetulkan semula kesilapan besar yang dilaksanakan sebelum ini kerana banyak kajian yang telah dilaksanakan oleh pelbagai pihak jelas dan konkrit menunjukkan lemah dan negatifnya dasar perlaksanaan PPSMI.

Kerajaan perlu bertindak segera dengan memansuhkan PPSMI ini sebelum satu lagi malapetaka kegagalan sistem pendidikan negara ini berlaku yang akan menentukan masa hadapan generasi pelajar era-PPSMI. Kerajaan disaran tidak terus menjadikan para pelajar negara ini mangsa kegopohan perlaksanaan sesuatu dasar baru yang tidak menilai pandangan semua pihak.

AMK Selangor menyarankan semua pihak boleh menjadikan laporan oleh The National Commission on Excellence in Education yang dikeluarkan pada 1983 bertajuk A Nation At Risk’ di Amerika Syarikat sebagai satu kajian dan perbandingan untuk membawa agenda pendidikan negara ke tahap cemerlang yang mampu bersaing di peringkat global.

Akhirnya, AMK Selangor mengulangi keyakinan bahawa hanya reformasi pendidikan negara sahaja dapat mengembalikan dan memacu kecemerlangan agenda pendidikan yang dapat membina karektor insan serba boleh,berkualiti dan cemerlang.