Search This Blog

Saturday, June 27, 2009

Hudud : Jamil Khir ikhlas atau sekadar gimik PRK? (adik beliau pnah mngajar aku dlu2..PAS hangit!!)

Posted on Friday, June 26 @ 17:50:55 PDT by BudakJalanan
Artikel Oleh: adley

"

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata di Dewan Rakyat semalam bahawa hudud boleh diperakui dilaksanakan untuk membanteras jenayah ragut di negara ini.

Kejadian ragut semakin menjadi-jadi di dalam negara kita kerana dikatakan penjenayah tidak takut kepada tindakan undang-undang yang dikenakan jikalau mereka diberkas dan didapati bersalah.

Saranan Jamil Khir di Parlimen ini telah mendapat reaksi yang negatif dari parti Gerakan.



Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin berkata, kenyataan tersebut boleh menimbulkan kekeliruan dan rasa tidak senang di kalangan rakyat, khususnya bukan Islam.

Tambah Lim lagi, walaupun hanya umat Islam tertakluk kepada hukum hudud, tetapi anggota masyarakat lain merasakan ia tidak sesuai dengan masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara ini.

Namum begitu, jikalau benar hukum ini hendak dilaksanakan, saya amat-amat menyokongnya.

Tetapi, yang menjadi persoalan sekarang, adakah saranan Jamil Khir ini benar-benar ikhlas? Adakah saranan dia ini telah mendapat kebenaran dari Perdana Menteri sendiri?

Adakah saranan ini hanya sekadar untuk menarik pengundi beragama islam yang menjadi majoriti di dalam Pilihanraya Kecil Dun Manik Urai yang bakal dijalankan pada bulan hapadan itu nanti?

Saya teringat semasa Pilihanraya Kecil Dun Bukit Payung, Terengganu pada tahun 1990an dahulu.

Ketika itu negara baru sahaja selesai mengadakan Pilihanraya Umum ke-8 pada tahun 1990. Pada PRU itu, kemenangan calon Pas telah dibatalkan oleh mahkamah atas beberapa sebab teknikal.

Maka, pilihanraya baru terpaksa diadakan di situ dan akhirnya telah memberi kemenangan kepada calon Umno iaitu Datuk Dr Abdul Latif Awang.

Pada PRU-8 itu juga, Pas telah berjaya merampas negeri Kelantan dari Umno dan Tok Guru Nik Aziz telah dilantik menjadi Menteri Besar.

Pada waktu itu, isu perlaksanaan hukum hudud di Kelantan yang dicadangkan oleh kerajaan pimpinan Tok Guru Nik Aziz hangat diperbincangkan di seluruh negara.

Jadi, Tun Mahathir yang masih menjadi Perdana Menteri pada waktu itu telah turun ke Bukit Payung untuk sama-sama berkempen untuk barisan Nasional.

Diantara ucapan Tun Mahathir pada ketika berkempen itu ialah, berkemungkinan dia akan meluluskan perlaksanaan hudud di negeri Kelantan.

Walau bagaimana pun, setelah PRK Bukit Payung itu berakhir, Tun Mahathir tetap tidak membenarkan hukum yang diturunkan oleh Allah itu dilaksanakan. Malah Tun sendiri menghina hukum itu sebagai tidak adil dan bermacam-macam lagi.

Oleh itu, kata-kata Tun Mahathir sewaktu berkempen di Bukit payung itu dilihat tidak lebih dari cubaannya untuk mengelirukan pengundi melayu-muslim di sana. Tambahan pula, kedudukan Bukit Payung itu tidak jauh dari kubu kuat Pas iaitu di Rusila, kawasan tradisi Tok Guru Hj Hadi Awang.

Oleh itu, adakah tektik yang pernah dilakukan oleh Umno melalui Tun Mahathir sendiri ketika berhadapan dengan Pas di PRK Bukit Payung itu dulu akan diulangi oleh Jamil Khir untuk Umno berhadapan dengan Pas di PRK Manik Urai pula?

No comments:

Post a Comment