Oleh khairulrijal
Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM adalah merupakan kemuncak ujian @ terakhir pendidikan menengah atas yang proses keseluruhannya berjalan selama 17 tahun. Ia bermula pada sekira 1970-an dan mencapai sepenuh pelaksanaannya pada tahun 1980 selepas pemansuhan MCE. Berikut senarai Menteri Pelajaran Malaysia:
Bil | Menteri | Tahun berkhidmat |
1 | Tun Abdul Razak bin Haji Dato’ Hussein | 1955 – 1957 |
2 | Tan Sri Mohamed Khir Johari | 1957 – 1960 |
3 | Abdul Rahman Talib | 1960 – 1962 |
4 | Tun Haji Abdul Hamid Khan Bin Haji Sakhawat Ali Khan | 1962 – 1964 |
5 | Tan Sri Mohamed Khir Johari | 1965 – 1969 |
6 | Tun Abdul Rahman Yakub | 1969 – 1970 |
7 | Tun Hussein bin Dato’ Onn | 1970 – 1973 |
8 | Tun Dr. Mahathir bin Mohamad | 1974 – 1978 |
9 | Tun Musa Hitam | 1978 – 1981 |
10 | Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud | 1982 – 1984 |
11 | Abdullah bin Haji Ahmad Badawi | 1984 – 1986 |
12 | Datuk Seri Anwar bin Ibrahim | 1986 – 1991 |
13 | Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud | 1991 – 1995 |
14 | Najib bin Tun Haji Abdul Razak | 1995 – 1999 |
15 | Tan Sri Dato’ Seri Musa Mohamad | 1999 – 2004 |
16 | Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Datuk Dr. Shafie Mohd. Salleh | 2004 – 2009 |
17 | Tan Sri Muhyiddin Yassin 2009
Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin | Sekarang |
Ke mana halatuju pelajar selepas itu?
1. Matrikulasi atau kursus asas universiti seperti sijil, sijil kemahiran dan Diploma
2. STPM
3. Kursus luar negara seperti A-level.
Berapa peratus yang mengambil subjek lebih 10 subjek SPM?
Jawapannya – Kurang 10%. Manakala 90% tidak terkesan dengan isu ini.
Siapa mereka yang telah berjaya ketika itu?
Berikut pelajar SPM terbaik negara :
Tahun | Nama | Sekolah | Keputusan |
2003 | Ahmad Atiq Abdul Hamid | Sekolah Menengah La Salle Klang, Klang | 14 1A, 1 2A |
Nicholas Pang Tze Ping | Sekolah Menengah All Saints, Kota Kinabalu | 14 1A, 2 2A | |
Celestina Johnny Bouniu | Sekolah Menengah All Saints, Kota Kinabalu | 16 A | |
2004 | Nur Amalina Che Bakri | Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram, Johor | 17 1A |
2005 | Chin Shiang Jin | Sekolah Menengah Kian Kok, Kota Kinabalu | 15 1A |
Esther Elizabeth Jack | Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Lumu, Klang | 15 1A | |
Chong Huey Ee | SMK (P) Treacher Methodist, Taiping | 15 1A, 1 2A | |
2006 | Siti Fatimah Mukhtar | Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu | 17 1A |
2007 | Azali Azlan – Gambar (memecah rekod SPM Terbaik 2004) | SMK Agama Yan | 20 1A 1 2A |
2008 | Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal | SMA (Agama) Maahad Muhammadi (Perempuan) | 19 1A 1 2A |
Berdasarkan statistik pelajar cemerlang SPM diatas, berapa peratus pelajar melayu yang berjaya?
5 org = 50% pelajar melayu, 5 org = 50% pelajar cina.
Dari 50% pelajar melayu berkenaan, apakah latar belakang subjek yang diambil ? :
3 orang = 60% pelajar aliran Sains Agama manakala 2 orang = 40% lagi selajar aliran sains. Trend 3 tahun terakhir kebelakangan ini, ia adalah dari pelajar aliran Sains Agama.
Apa kesan sekiranya mata pelajaran SPM dihadkan 10 subjek?
Jawapan penulis – Kita tidak lagi dapat mencungkil potensi sebenar keupayaan pelajar kita dan ia menjadikan gred pelajar 10A adalah paling maksimum.
Ini bermakna kita akan dapat melihat lagi kejayaan anak-anak istimewa seperti Mohd Syafiq Sadon cacat penglihatan (SM Sains Kluang – 12A / SPM 2008), Aghilan Narayan (SMK Jalan Bukit, Kajang) peroleh 11A dalam SPM 2008 walaupun tidak pernah mendengar suara gurunya kerana cacat pendengaran!
Adakah subjek teras akan terganggu dengan pelaksanaan lebih 10 subjek?
Tentu sekali tidak!
Apa yang sepatutnya dibuat selain hadkan 10 subjek berkenaan?
Jawapan penulis –
Kementerian sepatutnya melihat dari sudut kurikulum dan ko-kurikulum yang yang lebih praktikal seperti mana yang dilaksanakan di setengah ipt.
Pada tahun 2008, 442,936 yang menduduki peperiksaan SPM dan lebih 100,000 pelajar yang tiada tempat ke mana-mana IPT mewakili 22.6 %. Oleh itu, pelaksanaan kurikulum yang efektif membantu pelajar berdikari dari mempelajari teori untuk menduduki bangku peperiksanaan semata-mata.
Contohnya, kajian seharusnya dilakukan supaya pembelajaran teori dan praktikal bergerak seiring sebagaimana kaedah pembelajaran politeknik, teori dan praktikal berjalan selari.
Sistem pemarkahan berasaskan ‘assesment’ semasa harus mempunyai nilai selain keputusan dalam peperiksaan besar seperti SPM. Pengalaman sekolah aliran teknik dan vokasional menjadi asas.
Contoh lain ialah Kursus Sains Paduan Malaysia (Malaysian Integrated Science Course), yang diperkenalkan pada tahun 1969, ujian amali sains telah diwajibkan ke atas pelajar aliran sains yang mengambil mata pelajaran sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah contoh terbaik bagi mata pelajaran bukan kemahiran yang mempunyai latihan praktikal.
Pengkelasan semula kaedah mata pelajaran teras. Apa maksud teras? Wajib ambil tapi tidak wajib lulus?
Contohnya Matematik Moden, Agama Islam @ Moral sepatutnya boleh dimasukkan sebagai mata pelajaran teras setaraf Bahasa Melayu. Wajib ambil dan wajib lulus.
Untuk mewajibkan lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris pula, ia perlu dilihat dari perbagai sudut. Ini faktor-faktor penting seperti kekurangan tenaga pengajar mahir lebih sukar dibandingkan dengan mata pelajaran Matematik dan Agama Islam. Ia boleh dilaksanakan tetapi bukan dalam masa terdekat. Terlalu banyak matapelajaran wajib lulus menjadi ianya tidak praktikal dan jika pelaksanaannya tergesa-gesa, ia bakal menambah lambakan pelajar melayu bertaraf SAP – Sijil Am Pelajaran.
Oleh itu, mengapa perlu hadkan 10 subjek yang penuntutnya tidak sampai 10%? Bukankah ia aset negara pada masa akan datang?
No comments:
Post a Comment