Search This Blog
Monday, August 31, 2009
Blog Rasul Melayu..Apa Tindakkan Pihak Berkuasa.??
Oleh: amanlegend
"Apa Tindakan Kerajaan Malaysia berkenaan blog si Ajaran Sesat Si Abdul Kahar Ahmad @ menggelar Beliau Sebagai RASUL MELAYU... Takan blog nie hangpa nak tengok saja kot macam POLIS tengok DEMONTRASI KEPALA LEMBU tempohari...
Kalau blog RAJA PETRA bukan main kalut hangpa sekatnya... Kalau blog PEMBANGKANG bukan main kalut hangpa pantau nya... habis blog mangkok sekoq nie apa cerita... boleh dikatakan hari-hari update nya...
Kepada Pihak Berkenaan silalah laksanakan amanah yang anda pikulkan itu dengan lillah hita'ala.. kerana nak jawab di sana nanti tak ada sapa yang nak tolong kita dah.. cuma amalan dan perbuatan kita di bumi inilah sebagai bekal di akhirat kelak... itu sahaja...
Tuesday, August 25, 2009
tapi anda mampu hidup mewah tau..
pelik tp benar2 belaka..:)
nak tau camne?? follow link kt bwh tu..
http:
Saturday, August 15, 2009
DS Anwar Ibrahim : Petualang Negara ke Petualang UMNO
Oleh: sifuyus
" Esok, heboh diperkatakan lebih 10 ribu orang UMNO akan berkumpul semata-mata untuk melaungkan Anwar pengkhianat negara.Terasa macam bodoh pulak tindakan tersebut berkumpul semata-mata nak bagitau DSAI tu pengkhianat negara.
Apabila direnung-renungkan, puas aku mencari apa yang dikatakan petualang negara itu, nak kata jual rahsia negara tak ada, nak kata merosakkan hubungan antara negara kita dengan negara luar pun langsung kabur.Harapnya orang UMNO yang celik akal tidak menjadi seperti babi buta.
Apa yang aku nampak, semenjak beliau keluar dari penjara, pencapaian dan kredibiliti UMNO semakin merosot. Oleh itu sepatutnya berkumpulnya mereka esok haruslah dengan tema DSAI pengkhianat UMNO, bukannya negara.UMNO tidak boleh dianggap sebagai mewakili negara, UMNO ini hanya satu parti yang masih lagi berkuasa.
Apa yang berlaku sekarang ini ialah DSAI sentiasa menyentuh masalah rasuah dalam UMNO yang dipertikaikan, perlunya penghapusan ISA dan PPSMI serta perlunya SPRM dan PRU yang bersih di peringkat antarabangsa. Soal DEB yang dipersoalkan ialah kegagalan kerajaan meningkatkan ekonomi orang Melayu dan Bumiputera serta kenaikan harga minyak yang melampau di saat negara mengecap nikmat keuntungan hasil jualan petroleum dan gas.
Kepada bangsaku Melayu, jangan buat kerja bodoh.Biarlah beberapa orang aje yang bangang jangan yang lain terpalit dengan sindrom tersebut.Lagipun aktiviti yang melibatkan berkumpulan di kawasan lapang tidak digalakkan kerana virus HINI.Jangan nanti ramai bangsaku yang mati sia-sia.
Takziah utk keluarga ust asri (rabbani)
Menurut Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di hospital itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi. Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut, tambahnya.
Friday, July 24, 2009
Tiba-tiba Ghurkha ini berharga buat UMNO
Oleh: Mandor.blogspot.com
ZAID IBRAHIM dalam blognya mempelawa Ku Li untuk sertai PKR atau PR. Dan, Ku Li dikatakan menolak pelawaan Zaid Ibrahim tersebut. Mungkin bagi Ku Li dia masih tidak puas lagi untuk menjadi `Gurkha' buat Umno. Semenjak Ku Li bubarkan Parti Melayu Semangat 46 dan memasuki Umno, terbukti Ku Li berjaya dengan cemerlang sebagai seorang `Gurkha'. Mungkin beliau dilahirkan semula di dalam Umno untuk menjadi `Gurkha' tak lebih dari itu.
Sebab itu bila Ku Li beberapa kali mencuba nasib untuk naik sikit darjatnya dari seorang `Gurkha', nasib selalu tak menyebelahinya. Umno pun seolah-olah sudah lama mengiktiraf Ku Li sebagai `Gurkha' sebab itulah Ku Li tidak pernah mendapat pencalonan cukup untuk bertanding jawatan tertinggi dalam parti semenjak memasuki Umno semula. Semasa kempen pemilihan jawatan tertinggi di dalam Umno, siapakah pemimpin di dalam Umno yang menghargai Ku Li atau menganggap Ku Li sebagai `permata berharga' di dalam Umno? Ku Li tetap dipandang `Gurkha' dan ada yang sanggup berkata zaman Ku Li sudah berlalu. Meskipun Ku Li berpusing merata negeri berkempen untuk mencukupkan pencalonan bagi bertanding jawatan Presiden Umno, tapi siapalah yang sudi memandang `Gurkha' veteren ini?
Apabila Zaid Ibrahim mempelawa Ku LI untuk sertai PKR dan PR, tiba-tiba Muhyiddin dan Rais Yatim berbuih mulut memuji memuja Ku Li. Macam-macam pujian diberikan kepada Ku Li seolah-olah Ku Li sekarang ini Presiden Umno pulak. Tak habis dengan itu, Muhyiddin marah kat Zaid pasal cuba mempengaruhi Ku Li untuk sertai PKR. Rais Yatim macam biasalah, bermadah berhelah memuji Ku Li. Oleh kerana terlalu melangit puji-pujian dari TPM dan Menteri dan kawan karibnya, maka Ku Li lupa diri sekejap. Dia lupa di mana Muhyiddin dan Rais ketika dia terkontang kanting seorang diri berkempen untuk menjadi calon dalam pemilihan jawatan Presiden Umno dahulu. Kalau di masa kempen itulah puji-pujian yang Ku Li dapat dari dua orang tu, mungkin Ku Li cukup pencalonan untuk masuk bertanding.
Kita cuma ingatkan Ku Li, peluang yang ditawarkan oleh Zaid ini mungkin datang hanya sekali. Jangan mudah termakan puji wahai Ku Li. Ku Li pun dah akui, Umno banyak yang tak betul, tapi beliau yakin Umno boleh dibaiki. Siapa nak baiki Umno, wahai Ku LI? Najib? Muhyiddin? Atau Ku Li sendiri nak betulkan Umno dengan `Gurkha'nya itu? Adakah Umno sekarang pada pandangan Ku Li bertambah baik? Gesek mata tu betul-betul Ku Li.
Apa pun, kita tengok apa akan jadi pada `Gurkha' Umno ini nanti. Cuma kita nak ingatkan Ku Li, peluang datang hanya sekali, malang datang mungkin berkali-kali. / Kembali ke blog asal.
Nyalakan lilin bukan majlis berkabung - Khalil Idham Lim
Info Terkini Oleh: puyuh
"Johari Jaafar
Thu | Jul 23, 09 | 5:23:27 pm MYT PARIT BUNTAR, 23 Julai (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS negeri yang juga Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim menafikan majlis menyalakan lilin yang turut dihadiri beliau dan Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin adalah majlis berkabung bagi memperingati kematian Teoh Beng Huat seperti didakwa pensyarah Jabatan Fiqh Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dato' Dr Mahmood Zuhdi Abdul Majid.
Gambar tersebut dan majlis menyalakan lilin itu diadakan semasa sesi sidang media 17 Julai lalu bertempat di Wisma DAP Ipoh.
Sidang media itu dianjurkan Sekretariat Pakatan Rakyat yang dihadiri 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat dan pemimpin parti.
Idham Lim yang juga bekas penganut Buddha menjelaskan, amalan memegang lilin dan colok bagi orang Cina adalah budaya nenek moyang yang sudah turun temurun diamalkan.
"Saya ingin jelaskan bahawa menyalakan lilin adalah budaya yang diamalkan oleh bangsa kami turun temurun malah ia menjadi amalan kepada penganut Islam di negara China.
"Sebab itulah jika kita berkunjung di mana-mana masjid di China kita pasti akan dapat membeli colok yang dijual di masjid," katanya.
Beliau yang memeluk Islam ketika berusia 23 tahun berkata, di negeri China para imam, ahli jawatankuasa masjid dan umat Islam akan berbaris masuk ke dalam masjid dengan memegang colok yang dinyalakan sambil mengalunkan takbir raya.
"Sebelum melangkah masuh ke dewan sembahyang, colok itu ditinggalkan di luar. Saya ada koleksi gambar mengenai upacara ini sebagai bukti," ujarnya.
Menurutnya, beliau dan Nizar bersama Adun Pakatan Rakyat yang lain memegang lilin sebagai menghormati acara selingan yang diadakan dalam sidang media tersebut dan bukannya bertafakur seperti diminta.
"Sebelum ini sudah banyak kawan-kawan bukan muslim yang menghormati upacara membaca doa dalam pelbagai majlis," jelasnya.
Idham Lim turut mempersoalkan motif isu itu diperbesarkan tetapi di dalam masa yang sama persoalan asal yang lebih besar iaitu tindakan meragut nyawa manusia yang merupakan hak Allah tidak dipersoalkan.
"Saya bimbang pihak berkenaan hanya berani berkokok dalam isu ini tetapi apabila melibatkan pemimpin Umno, golongan ini tidak bersuara menegur," katanya kesal.
Banyak lagi tindakan dan perlakukan pemimpin Umno yang mengaku beragama Islam wajib ditegur tetapi golongan tersebut hanya berdiam diri.
"Antaranya adalah upacara meletakkan kalungan bunga di Tugu Negara yang telah difatwakan haram (oleh Majlis Fatwa Kebangsaan), kenapa golongan tersebut tidak berani menegur," katanya.
Beliau berharap penjelasan ini dapat meredakan suasana resah yang sengaja ditimbulkan golongan tertentu khususnya Umno bagi mengelirukan rakyat.
Baru-baru ini Adun Pangkor, Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir dalam kenyataannya di sebuah akhbar menggesa Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat 'mengeluarkan fatwa' berhubung tindakan Nizar menyertai majlis nyalaan lilin bagi memperingati Beng Hock.- tajdid_
Peristiwa Israq' Mikraj - Pengajaran dan Iktibar
Oleh Din Binjai
"Mahasuci Allah yang memperjalankan hambaNya (Muhamamd SAW) pada malam hari daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian tanda-tanda (kebesaran) kami. Sesungguhnya Dia Maha mendengar, Maha mengetahui" (Al-Isra' 15:1)
Peritiwa Israq' wal mikraj adalah satu peristiwa yang Allah berikan kepada nabi Muhammad SAW pada 27 Rejab tahun ke 12 baginda dibangkitkan menjadi seorang Rasul . Ia berlaku selepas kematian dua orang yang baginda kasihi Saidatina Khadijah Binti Kuwailid dan Abu Talib. Tahun itu disebut sebagai ‘Amul Huzni (tahun duka cita ).
Allah berkuasa untuk melakukan sesuatu kepada hambanya. Jarak yang manusia bilang selama 40 hari hanya berdasarkan kepada hitungan manusia bukan berdasarkan kepada kekuasaan Allah SWT. Allah menjalankan dan mengatur perjalanan bulan, matahari dan menentukan jarak perjalanan. Maka tidak menjadi masalah kepada Allah untuk membuat lebih daripada itu.
Batu ajaib… Entah apa lagi sebutan lainnya. Yang jelas, batu ini sudah ramai dibicarakan orang dan disebarkan gambarnya. Salah satu gambar batu melayang ini adalah seperti gambar di sebelah ini.
Sebagai tambahan, beberapa komentar atau kisah diberikan sebagai penjelas atau keterangan gambar tersebut. Ada yang menyebutnya sebagai batu yang menjadi pijakan Nabi Muhammad saat Isra’ Mi’raj. Sang batu ingin ikut naik ke langit, tetapi dipijak oleh Nabi hingga berhenti dalam posisi tergantung sampai sekarang. Ada juga yang cuma menyebutkan sang batu tiba-tiba melayang setinggi sekitar 10 cm dari tanah di bulan April (entah tahun berapa) kemudian turun lagi.
Berikut ini adalah kutipan dari keterangan yang pernah ditemui di blog atau forum kaum muslimin Melayu:
Batu itu adalah batu bekas tempat duduk Nabi Muhammad SAW di masa beliau melaksanakan Isra Mi’raj sampai kini masih tetap melayang di udara. Konon pada saat Nabi Muhammad akan ber-mi’raj, batu tersebut ingin ikut, tetapi segera beliau menghentakkan kakinya pada batu itu, maksudnya agar batu tersebut tak usah ikut. Batu gantung ajaib itu berada dalam masjid Umar (Dome of The Rock) di Lingkungan Masjidil Aqsha di Jerusalem.
Batu Pijakan Nabi saat Isra Miraj yang sebenarnya berada di bawah Masjid Kubah Emas.
Batu inilah yang dilindungi oleh bangunan Masjid Kubah Emas atau Masjid Kubah Batu (Dome of the Rock). Kesimpulannya gambar batu di atas bukanlah batu yang dimaksudkan semasa peristiwa Israq' dan Mikraj. Wallahualam..
Thursday, July 23, 2009
Chua Jui Meng: MCA tidak mampu berubah
Oleh: dewa
"Chua Jui Meng, antara nama paling besar dikalangan ahli politik kaum Cina di Malaysia, mengatakan dengan tegas bahawa MCA tidak mampu untuk berubah atau menjadi lebih baik kerana terlalu tunduk dan terikat dengan UMNO yang sangat dominan dalam BN. Tee Kiat turut mengakui bahawa 'faktor luaran (sila baca sebagai UMNO) menekan Chua Jui Meng supaya berhenti selepas mencabar UMNO agar insaf dan berubah dan bukan sekadar perubahan kosmetik. Artikel lengkap disediakan.
H1 N1 menyerang UiTM Permatang Pauh
Oleh Din Binjai
PULAU PINANG: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Permatang Pauh dekat sini ditutup selama tujuh hari mulai hari ini selepas 10 pelajarnya disahkan dijangkiti Influenza A (H1N1).
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh berkata semua pelajar yang dikesan positif itu sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya
Beliau berkata arahan penutupan sertamerta kampus itu dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pagi ini bagi mengelak penularan wabak berkenaan.
"Arahan penutupan selama seminggu itu wajar bagi mengelak 5,000 pelajar yang menuntut di UiTM berkenaan dijangkiti wabak H1N1," katanya.
Satu Malaysia kena kelentong
Oleh: amanlegend
"SURUHANJAYA DIRAJA PATUT SIASAT PUNCA KEMATIAN : MAJLIS PEGUAM – berita hairan
KUALA LUMPUR: Majlis Peguam berharap penubuhan Suruhanjaya Diraja yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Najib Razak hari ini akan turut menyiasat punca kematian setiausaha politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock.
Presidennya, Ragunath Kesavan, berkata ini adalah kerana kuasa sesebuah inkues bagi menentukan punca kematian adalah terhad berbanding kuasa Suruhanjaya Diraja.
Selain itu, inkues dikendalikan oleh seorang majistret yang bertindak sebagai koroner dan beliau biasanya adalah seorang pegawai yang paling junior.
"Koroner tidak boleh mengarahkan supaya siasatan dijalankan bagi menentukan punca kematian," katanya.
Memang betul satu Malaysia kena kelentong.
Suruhajaya itu BUKAN untuk mengetahui bagaimana Teoh mati.
Tetapi tentang prosedur/tata kerja SPRM.
Ini adalah penipuan yang sedang dilakukan oleh Najib Razak.
Najib terang-terang menipu satu Malaysia.
Inkues hanya akan dilakukan oleh magistrate. Mamat atau Minah ini hanya akan mendapat data dan fakta dari laporan polis. Maka keputusan inkues ini pastilah :
1 – Teoh Beng Hock telah mati
2 – Teoh Beng Hock seorang lelaki
3- Teoh Beng Hock lelaki China
2 – Teoh Beng Hock jatuh dari bangunan.
3 – Teoh Beng Hock patah di sana dan di sini
4 – Mayat Teoh Beng Hock di temui jam 1.30 petang
Dan lain lain fakta yang semuanya diketahui umum.
Bukan ini yang warga satu Malaysia mahu.
Warga satu Malaysia mahu tahu :
Bagaimana Teoh Neng Hock jatuh?
Berita awal seolah-olah Suruhanjaya Di Raja
ditubuh untuk menyiasat bagaimana Teoh jatuh mati.
Terbunuhnya Teoh: Suruhanjayalah! Bukan inkues
Rakyat menuntut suruhanjaya di raja yang menyiasat punca sebenar kematian Teoh Beng Hock di mana ia termasuk menyiasat cara siasatan yang digunapakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa melakukan soal siasat terhadap Teoh dan semua perkara yang boleh menentukan punca kematian beliau. Tiba-tiba mereka hanya buat inkues untuk menentukan punca sebenar kematian Teoh.
Jika suruhanjaya di raja menyiasat punca sebenar kematian Teoh, ia mempunyai bidang kuasa yang lebih luas berbanding inkues yang hanya diketuai oleh seorang majistret.
Di bawah ini, saya copy and paste berita Malay Mail hari ini agar anda memahami perbezaan antara inkues dan suruhanjaya.
A Royal Commission of Inquiry, and not an inquest, should look into the death of Teoh Beng Hock.
This was the consensus of the legal fraternity and the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) in response to a statement by Federal CID director Datuk Seri Mohd Bakri Zinin that Teoh's case could end up in a coroner's court as an inquest would usually be conducted by the court for cases of "sudden death".
Teoh's case has been classified as such, and this is normally investigated by an inquest, which is essentially judicial investigations carried out by magistrates upon the request of the public prosecutor.
Bar Council president Ragunath Kesavan said an inquest would not be able to answer all the questions raised in the last one week on Teoh's death.
"In this case, there are more answers needed than just the cause of his death. An inquest would be insufficient to address these questions."
Ragunath said in contrast to the limitations of an inquest, a Royal Commission would cover a wider scope, including finding out the circumstances surrounding his death, regulations, protocols and standard operating procedures of the MACC.
"MACC is a very important public institution and there is a negative impact on the commission if they are unable to answer, for example, why he was not accompanied by a lawyer, and the need to question him for a long time when he was a witness assisting in the MACC's investigations," he said.
Ragunath said it was pertinent that the a Royal Commission of Inquiry presides over the matter as it was also in the position to clear the MACC's name.
Criminal lawyer Datuk Baljit Singh Sidhu also supported the call for a royal commission to oversee the inquiry. "This is a situation where the MACC, given tremendous powers to run investigations to the extent that they can't be sued in a civil court, also carries the responsibility of a highly-accountable body. If its officers had not acted in a wrongful manner, then it is only right that a royal commission presides over investigations. It is hugely important that the public does not lose faith in the MACC.
"A royal commission is more open and transparent as it is not rigidly governed by the rules of the criminal procedures. In an inquest, the coroner who makes the decision is normally a magistrate but in a royal commission, senior members with expertise covering every aspect of the case would be able to conduct a more comprehensive inquiry."
Suhakam commissioner Datuk N. Siva Subramaniam said a Royal Commission of Inquiry would, among others, be able to dwell into matters like competency and manuals used by MACC officers to question their witnesses.
"The MACC has no choice but to clear its image and there is no better way than this. The royal commission panel will have to get the consent of the Yang Di-Pertuan Agong and therefore it will investigate the matter as an independent party."
PAST PROMINENT CASES OF INQUESTS:
CASE 1: K. Sujatha, former personal secretary to Datuk Seri S. Samy Vellu’s son, Vell Paari.
THE inquest is still being heard in front of coroner Mohd Faizi Che Abu in the magistrate’s court of Kuala Lumpur.
The purpose of the inquest is to determine if Sujatha, 29, was murdered or had committed suicide by drinking weedkiller two years ago.
Among others, questions were raised on why she was rushed from a private hospital in Kuala Lumpur to the Tengku Ampuan Rahimah Hospital in Klang where she died, some 30km away, instead of the Kuala Lumpur Hospital.
The inquest had also asked why a post-mortem was not conducted before her body was cremated and if she had revealed on her deathbed what had actually taken place at her apartment.
CASE 2: Dr Cynthia Joseph
DR JOSEPH died at the age of 42 on Sept 27, 2004 at the Pantai Cheras Medical Centre. Police exhumed her body on Dec 2, 2004 after her family suspected foul play in her death.
Her father, Joseph Sebastian, told coroner Tasnim Abu Bakar that he had decided to lodge a police report on Nov 25 the same year after he found it strange that his son-in-law, Dr A. Retnarasa, did not want a post-mortem done.
Following the report, police exhumed Dr Joseph’s body at the Cheras Christian Cemetery. The inquest is ongoing.
PREVIOUS CASES OF ROYAL COMMISSIONS OF INQUIRY:
CASE 1: V.K. Lingam Video Clip
A COMMISSION was formed in late 2007 to investigate an allegation of illegal intervention into the judicial appointment process of Malaysian judges that purportedly took place in 2002.
The formation of the commission was a follow-up to a recommendation by a three-man panel tasked with determining the authenticity of recordings of a telephone conversation by prominent lawyer Datuk V.K. Lingam purportedly with Chief Justice Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, allegedly fixing the appointment of "friendly" senior judges.
The eight-minute clip, said to be originally 14 minutes when recorded sometime in 2002, was made public by Parti Keadilan Rakyat de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.
CASE 2: NUDE SQUAT
FORMER Chief Justice of Malaysia Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah was appointed to head a five-man independent commission to probe the inquiry into the controversial case of a woman forced to do squats in the nude while in police custody in December 2005.
The commission's report identified the detainee as a local woman, and deemed nude squats to be improper and in violation of human rights principles, criticised police procedures, and provided a detailed manual on how to go about body searches.
The commission also made a number of recommendations, including a repeat of the first Commission's call for human rights awareness training for the police, and the establishment of an independent complaints commission.
Importantly, the Commission called for "…a shift in the mindset of those within the (police) so that there is an unwavering commitment to work towards a police culture that is more effective, responsibility driven and human rights sensitive."
The woman has filed a RM10 million suit against the police.
10 Penyelewengan Pembunuhan/Accident Teoh!!
Oleh: dewa
"Kenapa penulis menggunakan istilah pembunuhan Teoh dan bukan kematian Teoh? Sebabnya si Nazri Aziz pun boleh keluar kenyataan bahawa Teoh mati kerana terjun, sedangkan siasatan belum selesai ketika itu. Buat masa ini, polis melaporkan bahawa siasatan sudah selesai 90%. Penulis yakin polis akan melepaskan SPRM dan UMNO dari sebarang liabiliti (seperti biasa). Tetapi, rakyat tidak bodoh dan kita lihat ada sekurangnya 10 penyelewengan dan misteri dalam kes ini yang cuba di cover.
1. MOTIF PEMBUNUHAN
Ezam dengan celuparnya mendakwa bahawa DAP yang berkemungkinan membunuh Teoh untuk menutup mulutnya. Ini satu ayat bodoh dari UMNO kerana kematian sah berlaku selepas keterangan penuhnya sudah di ambil. Motif ini tidak munasabah dan tuduhan ini cukup keji. Kalau DAP yang bunuh, tentulah ia berlaku sebelum keterangan penuh si mati di ambil. Motif yang lebih kuat ialah UMNO di sebalik semua ini kerana UMNO benci kepada DAP dan si mati. Ayat-ayat zalim pemimpin dan ahli UMNO berhubung si mati menzahirkan lagi kebencian membuak-buak ahli UMNO kepada DAP dan si mati.
2. LOKASI KEMATIAN
Polis turut percaya bahawa si mati jatuh/dicampak dari tingkat 14 milik SPRM. Tentulah pelik jika orang luar boleh keluar masuk bangunan SPRM. Logiknya, hanya pegawai SPRM atau orang kerajaan (sila baca sebagai UMNO) yang boleh keluar masuk bangunan SPRM. Kematian ini dilihat oleh ramai penganalisis sebagai suatu mesej yang hendak dihantar kepada Pakatan Rakyat.
3. Waktu soal-siasat terlampau pelik
SPRM mendakwa si mati di soal siasat sehingga 3:35 pagi sekalipun si mati hanyalah saksi! Lawak apakah ini? Warganegara Malaysia lazaimnya tidur pukul 1 pagi. Penahanan ini dilihat lebih sebagai satu penderaan dan berkemungkinan suatu set-up agar kematian si mati berlaku pada waktu yang tidak ramai orang.
4. Kenyataan pelik dari SPRM: Si mati nak tinggal di SPRM
SPRM membuat kenyataan pelik apabila mengatakan bahawa si mati TIDAK MAHU BALIK selepas di soal-siasat dan ingin tidur di SPRM (sofa SPRM). Ini cukup tak masuk akal. Mana-mana insan normal yang berpeluang balik akan segera memanggil teksi dan balik saja. SPRM buknlah suatu hotel mewah, malah bukan suatu hotel pun. Malah cukup pelik SPRM boleh membenarkan orang tidur saja di sofanya. Kalau di balai polis pun akan di halau balik.
5. Handphone si mati di ambil oleh SPRM
Kalau si mati sekadar seorang saksi seperti yang didakwa oleh SPRM, mengapa SPRM mengambil handphone si mati. Selepas didesak oleh DAP, SPRM mengatakan SPRM akhirnya sudah menyerahkan handphone tersebut kepada polis. Adakah ada apa-apa maklumat yang di delete?
6. Soalan-soalan pelik pihak polis!
Soalan polis kelihatan lebih kepada hendak melepaskan SPRM. Contohnya, 'adakah si mati hisap rokok? - untuk menunjukkan kemungkinan si mati hisap rokok lalu jatuh dari atas bangunan". Soalan lain, 'adakah si mati kelihatan suicidal?- untuk menunjukkan si mati bunuh diri'.
Sepatutnya , polis kena tanya soalan seperti ini: Si mati seorang DAP yang merupakan musuh politik UMNO. Adakah si mati mempunyai mana-mana musuh politik/ahli UMNO yang marah atau bermusuh dengannya? . Sepatutnya, polis bertanya, 'Adakah si mati pernah diugut oleh sesiapa, termasuk pihak polis atau SPRM?' .
7. Media UMNO segera tukar isu.
Media UMNO bersungguh-sungguh cuba hendak menjadikan isu ini suatu isu perkauman! Ini cukup misteri. Cubaan media UMNO hendak menjadikan isu ini isu perkauman seolah-olah menunjukkan ada sesuatu yang hendak dirahsiakan.
8. Suruhanjaya bebas yang tidak berguna.
NAjib c4 mengumumkan bahawa Suruhanjaya bebas yang akan ditubuhkan berhubung kematian Teoh tidak akan menyiasat cara-cara kematian/pembunuhan Teoh. Alangkah bodohnya..
9. Rakyat dikasari
Mereka yang berdemonstrasi membantah dalam isu Teoh ini mengakui dikasari oleh pihak polis. Mungkinkah ini satu lagi siri-siri usaha Najib untuk membuatkan rakyat diam dan akur saja kepada permainan politik keji UMNO?
10. Zambry cuba tukar isu.
ZAmbry segera cuba menukar isu dengan membuat kecoh berhubung kehadiran Nizar dalam majlis memprotes kematian Teoh kerana ada lilin dinyalakan dalam majlis tersebut. Malah tok guru dicabar memberi fatwa. Hoi Zambry! Sampah macam kau tak layak nak cabar Tok Guru bagi fatwa! Soalan bodoh macam tu aku pun boleh jawab. Sewaktu zaman Rasullullah SAW, terdapat sekumpulan manusia berjalan di hadapan Rasullulah sambil membawa suatu mayat. Rasullullah SAW segera berdiri sebagai menghormati mayat tersebut. Para sahabat turut berdiri apabila melihat Rasullullah berdiri. Seorang sahabat kemudiannya bertanya: "tetapi mayat tersebut mayat Yahudi!". Rasullullah SAW menyatakan bahawa tidak mengapa menghormati mayat sekalipun mayat bukan Islam.
Monday, July 20, 2009
Tun Dolah Telah Bersuara.....
Oleh Hijat Panjang
PAK LAH SARAN MANSUHKAN ISA - malaysiakini
Dua minggu sebelum demonstrasi besar dirancang bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mantan perdana menteri meminta kerajaan menimbangkan untuk memansuhkannya.
Abdullah Ahmad Badawi berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan, lapor Bernama.
"Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini.
DARI TUKAR TIUB 2504
Saya Hishamuddin Rais berasal dari Jelebu Negeri Sembilan – warga negara Malaysia - adalah salah seorang yang telah ditahan dibawah ISA.
Penahanan saya telah ditanda tangani oleh Abdullah Ahmad Badawi.
Surat Perintah Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri itu masih tersimpan sebagai bahan sejarah dan harta yang akan saya turunkan kepada anak cucu cicit saya.
Kertas sekeping ini adalah harta sejarah yang saya amat-amat berharga dalam hidup saya.
Number angka saya di Kem Tahanan Kamunting ialah 2504.
Inilah nama yang akan terus saya pakai hingga ke bila-bila.
Saturday, July 18, 2009
Terkini Dato' Seri Dr.Chua Jui Meng sertai PKR
Updates....4.50PM
"Saya telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan."
"Saya yakin saya berada dalam parti yang benar dalam sejarah Malaysia."
"Sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno."
"kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang."
- Chua Jui Meng
Friday, July 10, 2009
Bumi Allah Taala Luas....
Oleh : http://tokpepijat.blogspot.com
Tidak diketahui mengapa syarikat-syarikat besar yang operasinya haram di sisi Islam berminat dengan tubuh badan berugama Islam yang pernah mengetuai pasukan keselamatan negara untuk menjadi sebahagian keluarga mereka.
Syarikat arak Carlsberg umpamanya memilih bekas panglima ATM Tan Sri Ghazali Mat Seth untuk anggotai Ahli Lembaga Pengarah. Ghazali pernah menjadi Panglima Tertinggi ATM dan berkhidmat dalam tentera selama 35 tahun.
Raja Katak Sudah Beraksi, Raja Sesumpah Bila Pula?
Oleh: Mandor.blogspot.com
KEMPEN di Manek Urai semakin hangat sekarang ini. Bermacam-macam jenis pemimpin yang datang ke Manek Urai dan berbagai-bagai janji dibawa oleh mereka ke Manek Urai. Biasalah dah memang adat berkempen kat negara kita sejak dulu lagi. Di Manek Urai, yang tak pernah atau geli memegang botol budu nampaknya macam ketagih dengan budu sampai diberitakan ada yang makan budu menggunakan `straw'. Hebat!!
Aku cuma nak ulas pasal dua jenis raja ni. Bukan raja sepit atau raja kelawar, tetapi raja katak dan raja sesumpah. Tentang raja katak atau loghat arab pasar ada yang sebut `al kataki', raja katak ni berasal dari Pasir Mas. Beliau sekarang bukan ahli Umno tetapi pernah keluar masuk Umno dan sampai sekarang tak masuk-masuk lagi Umno. Mungkin tak lama lagi masuklah Umno tu pasal dah tak ada orang lain dah, katak pun kataklah. Jual pun ade `ghege' tu...(cam cerita Ali Baba Bujang Lapok, dialog masa sudin curi tayar basikal dalam gua tu). Raja katak dah pun mula berbunyi di Manek Urai sehari dua ni. Patut pun orang Manek Urai kata di sana ujan mula kerap turun. Rupanya ada katak panggil ujan....
Nampaknya, belum masuk Umno lagi pun raja katak ni dah mula kena jual kat Manek Urai. Tak tahulah pulak ada ke tak orang Manek Urai nak beli. Kalau tak nak, mungkin tak lama lagi terpaksa dilelong juga. Begitulah nasib raja katak bila bersikap seperti Si Tanggang. Wajah sebenar raja katak terserlah di Manek Urai. Orang-orang Pasir Mas kena ingat betul-betul wajah ni sampai pilihanraya umum akan datang. Itu pun kalau raja katak masih hidup atau berani bertarung sekali lagi di Pasir Mas. Alah, kalau hilang deposit pun berapa lah sangat.
Seorang lagi raja yang sampai sekarang dikatakan belum menunjukkan muka adalah raja sesumpah. Selalunya pantang ada pilihanraya, raja sesumpah akan datang empat lima kali berceramah dan kadang-kadang diselang selikan dengan `sumpah keramat'nya itu. Cuma yang dia tak pernah bawa adalah `kotak-kotak'nya kerana beliau kata kotak-kotak tu ada kat bekas bos beliau. Betul ke tak aku tak tahu, tapi aku ada lihat gambar raja sesumpah ni duduk dalam kotak. Kelakar jugak tengok. Aku kepingin nak dengar ceramah, isu atau pendedahan terbaru dari raja sesumpah ni khususnya tentang betapa jahatnya DS Anwar bekas bos beliau itu. Sudah tentu ada bukti baru yang raja sesumpah akan kemukakan nanti jika beliau datang ke Manek Urai. Dulu kat K.Terengganu dia bawa bukti kertas tulisan DS Anwar kepada Tun Mahathir, tapi apa yang beliau dedahkan itu tak laku di sana malah ditertawakan oleh rakan dan lawan. Umno tertiarap di K.Terengganu hasil usaha raja sesumpah.
Belum ada rekod lagi raja sesumpah berjaya menyumbangkan tenaga dan usahanya membantu kemenangan Umno/Bn di dalam mana-mana pilihanraya kecil sejak kebelakangan ini. Rekod membuatkan Umno tertiarap banyaklah. Tapi, manalah tahu `rezeki' raja sesumpah ada kat Manek Urai pula. Jadi, elok sangatlah raja sesumpah mencuba nasib di sini. Bantu-bantulah spesis yang sama raja katak tu. Kalau masih rasa kurang sokongan, mintalah bantuan dari `geng-geng katak' dari Perak yang ada dua tiga ekor tu. Selamat Datang Raja Sesumpah!!
Posted by WFAUZDIN
Adakah CIMB yang cuba di lindungi Najib ?
Oleh che'GuBard
Media heboh kononya Obama, Presiden Amerika menghubungi Najib melalui panggilan telefon, kononya begitulah penting Najib di mata Obama hingga apabila ada masalah Obama terpaksa hubungi Najib melalui panggilan telefon untuk berbincang..... sila klik sini untuk baca pembohongan tersebut.
Ini semua satu pembohongan. Semua terbongkar apabila 2 akhbar Korea berbahasa Inggeris mendedahkan mengenai bagaimana Amerika memberi amaran kepada Malaysia mengenai penglibatan bank Malaysia dalam transaksi senjata melibatkan Kerajaan Komunis Korea Utara dan Kerajaan Regim Junta Tentera di Myanmar.
Najib mungkin 'terkencing' ketika dihubungi Obama tetapi masih cuba menyelindungi bank Malaysia itu. Persoalanya kenapa Najib begitu bersungguh melindungi bank Malaysia itu..... Adakah Bank itu 'CIMB' yang kini dimiliki oleh adik kesayangannya Dato' Sri Nazir Razak... ?
Di bawah Abdullah Badawi, negara berisiko apabila SCOMI syarikat anaknya terlibat meraih keuntungan dengan terlibat dalam pembekalan alat senjata nuklear dengan rangkaian penganas dan ia dilindungi Abdullah. Kini nampaknya tidak jauh beza dengan Najib ? Apabila untung ratus juta keluarga Perdana Menteri sapu tetapi bila risiko rakyat tanggung ...! sila klik sini untuk baca lanjut mengenai transaksi senjata tersebut.
CIMB juga sebenarnya terlibat dalam memberi kontrak kepada sebuah syarikat komputer yang berpengkalan di Israel dimana syarikat tersebut terlibat secara lansung dalam persenjataan pertahanan Israel yang membunuh orang Palestin. sila klik sini untuk baca lanjut kaitan CIMB dengan kontrak RM250 juta sumbang untuk bunuh anak Palestin.
Isu lapok : Rumah Khir Toyo che'GuBard dah catat lama dalam blog ini...
Oleh cheguBard
Tiba - tiba rumah bekas Menteri Besar Selangor menjadi tumpuan orang ramai. Isu ini menjadi hangat apabila ADUN Sekincan, YB Ng Suee Lim membuat sidang media mendedahkan istana ala Bali milik Khir yang juga bekas Doktor gigi ini. Kediaman yang bernilai lebih RM 20 juta itu jelas menjadi lambang korupsi Khir Toyo dan regim Bn Selangor yang lalu.
Mana mungkin Khir Toyo mampu miliki rumah sehebat itu kalau tanpa bantuan rasuah.
Sebenarnya isu ini isu lapok. che'GuBard sendiri pernah mendedahkan mengenai rumah ini dalam posting blog ini bertarikh 22 Mac lagi. sila klik sini untuk membaca posting lama tersebut. Bukan sahaja rumah Khir turut dirakam dari udara ialah rumah bekas pemimpin KEADILAN yang sudah masuk Umno dan perbesar rumah .....juga tak ketinggalan rumah keturunan Raja Sarawak di luar negara.
Cuma media tidak berminat kerana ketika itu Khir Toyo masih dalam perebutan mengejar Kerusi Ketua Pemuda Umno...maka media tidak mahu terlibat menjahanamkan imej Khir dan mana tahu kalau Khir benar boleh menang tentu akan menjadi masalah masa mendatang kepada media yang menyiarkan perkara tersebut.
Cuba bayangkan kalau blog orang Bn menyiarkan rumah pemimpin Pakatan Rakyat tentu media 'terkinja - kinja' keseronokan meemberikan liputan perkara tersebut.
SPRM seperti biasa 'tidor mampos' dalam perkara seperti ini.
Namun walaupun ia isu lapok pendedahan isu 'lapok' tetapi tidak diambil tindakan seperti ini perlu diteruskan dan diulang - ulang supaya rakyat tidak lupa untuk menghumban terus regim Bn menjadi bahan sejarah menjelang PRU akan datang.
Wednesday, July 8, 2009
PPSMI Dimansuhkan Mulai 2012, Kemenangan Buat Rakyat (Takbir!!!)
Oleh: addin_77
"Dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dimansuhkan sepenuhnya tiga tahun lagi, demikian diumumkan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pengumuman itu, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini, dibuat jam 2.30 di kementeriannya di Putrajaya.
Di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Pemansuhan itu dijalankan berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing.
Dasar yang diperkenalkan sejak 2003 itu mendapat semakin banyak bantahan, khususnya sejak awal tahun ini apabila sekumpulan aktivis bahasa berjaya menggerakkan ribuan orang berarak ke Istana Negara. Selain memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), yang mengepalai demonstrasi besar itu, tokoh sastera Datuk A Samad Said juga menyertai sekumpulan 5 sasterawan Negara membantah dasar itu dan mencipta rekod bantahan golongan budayawan Melayu.
Ini merupakan kemenangan bagi rakyat yang menentang habis-habisan kerana dasar ini secara jelas telah meminggirkan bahasa ibunda. Dasar ini secara terang telah memangsakan golongan bumiputra dan golongan luar bandar. Ini merupakan satu dasar yang gila apabila, subjek Matematik yang memerlukan pengiraan di ajar dalam bahasa Inggeris. Dengan kekurangan tenaga pengajar mahir, kemerosotan pencapaian dalam 2 mata pelajaran tersebut adalah merupakan satu indikator yang gagal bagi dasar tersebut. Sekali lagi syabas rakyat Malaysia, anda telah menjuarai isu ini
Pertemuan Lim Kit Siang - Ust Azizan positif
Oleh: pendekarlekir
"PERTEMUAN antara Ustaz Azizan Razak dengan Lim Kit Siang dan pimpinan DAP kedah membincangkan kemelut DAP Kedah dan Kerajaan Negeri di Kuala Lumpur hari ini membuahkan hasil yang positif.
Perbincangan yang berlangsung dalam semangat muhibbah telah dapat mencari jalan penyelesaian mengenai isu yang sedang berlaku.
Pakatan Rakyat hari ini bersetuju untuk mewujudkan satu sekteriat bagi pemimpin Pakatan Rakyat membincangkan apa sahaja masalah yang timbul.
Perkara ini diumumkan oleh Ust Azizan dalam satu sidang Media Khas dan beliau menjelaskan bukan sahaja bersetuju mewujudkan sekreteriat tetapi turut menyelesaikan beberapa isu yang berbangkit secara pakej.
Dengan persetujuan adalah diharap DAP Kedah dapat membantu Kerajaan negeri Kedah dengan memberi idea dan mengeratkan semula semangat setiakawan yang wujud sebelum ini.
DAP Kedah juga diharap tidak lagi menggunakan saluran media untuk mengecam kerajaan negeri sebaliknya menggunakan saluran yang ada dan berbincang dengan menjaga perasaan ahli dalam pakatan dan keperluan mereka.
NAK BUAT EXTRA INCOME TAK??
http://www.myspacetunai.com/ALONG727
Friday, July 3, 2009
sahabat2 nk buat duit tepi????
Pembubaran Dun Perak pasti berlaku!
Wan Nordin Wan Yaacob Fri | Jul 03, 09 | 9:37:41 am MYT | |||||||
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) - Selepas Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman mendedahkan akan berlakunya pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak, kini Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak pula yakin dengan pendedahan itu.
Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin yang juga ahli Parlimen Bukit Gantang melaungkan keyakinan keadaan yang kucar-kacir yang berlaku di Perak sejak rampasan kuasa berlaku kini semakin membimbangkan dan menyebabkan pembubaran Dun terpaksa dilakukan. Keyakinan beliau itu berasas kerana prestasi kerajaan yang memerintah di Perak hari ini semakin dipertikai. Kerajaan sedia ada juga dikatakan tidak mampu mentadbir dengan baik berikutan situasi yang tidak tentu hala yang melanda negeri tersebut. Paling tragis katanya, dalam masa terdekat juga Sidang Dun Perak perlu diadakan berhubung kelulusan Belanjawan 2010 yang pastinya sekali lagi akan mengundang kekecohan. Nizar mendedahkan beberapa ahli Parlimen dan wakil rakyat BN turut menyetujui kekalutan yang berlaku di Perak boleh diselesaikan hanya dengan pembubaran Dun Perak bagi membolehkan pilihan raya kecil negeri diadakan. Sebelum ini, Ustaz Halim yang juga ahli Parlimen Pengkalan Chepa dalam wawancaranya bersama Harakah ada mendedahkan bahawa pembubaran Dun Perak mungkin akan berlaku selepas PRK Manik Urai. "Saya menjangkakan pilihan raya Negeri Perak mahu atau tidak akan diadakan, sebab itu kita cadang mahu buat persiapan apa yang patut hadapi pilihan raya Perak,"tegasnya. Beliau melihat bertapa pentingnya kini JPP yang dikendalikan bersedia awal dengan memantapkan ahli-ahli jawatankuasa mengenai ilmu pilihan raya. |
Senarai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat ikut Kementerian (gov in waiting)
Harakahdaily Fri | Jul 03, 09 | 3:16:33 pm MYT | |||||||
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Hrkh) - Berikut adalah senarai Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berada dalam Jawatankuasa Parlimen mengikut 25 Kementerian yang telah ditubuhkan semalam.
Kementerian 1. JABATAN PERDANA MENTERI Ahli Parlimen PAS
Ahli Parlimen PKR
Ahli Parlimen DAP
2.KEMENTERIAN DALAM NEGERI
3.KEMENTERIAN KEWANGAN
4.KEMENTERIAN PENGANGKUTAN
5.KEMENTERIAN KERJA RAYA
6.KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
7.KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR
8.KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI
9.KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI
10.KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
11.KEMENTERIAN PELAJARAN
12.KEMENTERIAN PENERANGAN KOMUNIKASI, KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
13.KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
14.KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
15.KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
16.KEMENTERIAN PERTAHANAN
17.KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
18.KEMENTERIAN LUAR NEGERI
19.KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
20.KEMENTERIAN KESIHATAN
21.KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
22.KEMENTERIAN PELANCONGAN
23.KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN
24.KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI 25.KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR
|
Wednesday, July 1, 2009
Minyak Dan Royalti - Umno Tipu Rakyat Kelantan
"Pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) terus berbohong dalam kempen pilihan raya kecil DUN Manek Urai dengan mengatakan tidak wujud minyak dan gas serta industrinya di negeri Kelantan.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mendedahkan beliau sendiri telah pergi ke pelantar cari gali minyak dan gas di perairan Kelantan sebaik sahaja mendapat berita tentang wujudnya 'emas hitam' itu di negeri tersebut, sedikit masa dahulu.
"Kebetulan saya duduk tepi pantai, bersama orang ke laut (nelayan) (saya telah pergi) melawat pelantar minyak, tengok pelantar minyak (dan) pelantar gas di situ.
"Dalam kawasan (perairan) Kelantan, bukan dalam perairan Siam dan perairan antarabangsa,"jelasnya ketika berucap dalam majlis perisytiharan calon pilihan raya kecil DUN Manek Urai, di Kampung manek Urai Lama,kelmarin yang dipetik Buletin Online.
Sehubungan itu, beliau berkata, Petronas wajib membayar royalti minyak sebanyak 5% kepada negeri Kelantan sebagaimana perjanjian di antara syarikat minyak itu dengan kerajaan-kerajaan negeri pada tahun 1975. Sebelum itu, Pengarah Pilihan raya KeADILan, Saifudin Nasution berkata pengundi Manek Urai mesti menolak Umno-BN sekiranya mereka bertanding dalam pilihan raya kecil DUN tersebut.
Beliau berkata demikian, kerana kerajaan BN bukan sahaja tidak membayar royalty minyak, malah telah berbohong dan menipu rakyat Kelantan dalam Parlimen mengenai kewujudan minyak di Kelantan. "Kita kemudian mendapati, bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak bercakap benar, dalam bahasa kasar, mereka telah memberikan jawapan bohong dalam Parlimen.
"Hasil kajian kita mendapati dalam buku Jabatan Perangkaan Kerajaan Malaysia yang dikeluarkan pada 2007 mukasurat 187, jadual 5.3 menyebutkan dengan jelas negeri-negri pengeluar minyak di Malaysia,"tegas Saifudin yang juga ahli Parlimen Machang. Katanya Umno-BN hanya menipu rakyat Manek Urai dengan memasang papan tanda 'Rakyat di Dahulukan, Manek Urai Di utamakan', sedangkan mereka tidak membayar royalti minyak yang telah berjumlah RM 1bilion sejak tahun 2002.
Oleh itu katanya rakyat mesti menolak calon Umno-BN pada pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 Julai depan. "Rakyat didahulukan, Manek Urai diutamakan? Dia boleh pasang papan tanda banyak-banyak (dalam kempen pilihan raya),tetapi bukti ini (telah) menunjukkan bahawa kita (Kelantan) ada minyak, Umno tak bayar royalti minyak. "Sebab itu kita mesti tolak calon mereka (Umno-BN) pada pilihan raya kecil Manek Urai pada 14 hari bulan nanti,"katanya.
Apa reaksi "Gov" bila MB Johor bersuara mengenai "PPSMI"
"Adalah salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya," kata Datuk Abdul Ghani Othman.
"Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang membentuk dasar pendidikannya secara mendadak, tanpa memikirkan kepentingan murid dan kesediaan guru, melainkan Malaysia."Abdul Ghani, juga pengerusi Permuafakan Badan Ilmiah Nasional (Pembina), mengulas dasar kontroversi tersebut sewaktu merasmikan kolokium mengenai PPSMI anjuran NGO itu di Shah Alam pagi tadi.
Ucapan ringkasnya itu dibacakan oleh Pengerusi Eksekutif Pembina, Datuk Abdul Raof Hussin. Turut hadir, Prof Diraja Ungku Aziz dan seniman Datuk Jins Samsudin.Abdul Ghani juga berkata, Pembina berpendirian bahawa sebarang perubahan dasar pendidikan mestilah dibuat berdasarkan perancangan rapi, tidak secara tiba-tiba, serta berlandaskan fakta dan data yang sah.Tambahnya, kajian badan tersebut – yang disokong ahli akademik dari tujuh universiti awam – mendapati PPSMI menyebabkan berlakunya "kepupusan generasi akibat bertambah ramai murid gagal (dalam matapelajaran) Sains dan Matematik" di pelbagai peringkat.
Sementara Ungku Aziz dalam ucapannya selepas itu menyifatkan masalah dalam sistem pendidikan berlaku disebabkan terlalu banyak kompromi pemimpin politik."Banyak pemimpin politik luar dan dalam kabinet tentu hendak mencari kompromi. Orang politik suka berkompromi. Bila banyak komporomi, dia tidak boleh berpikir dengan rasional. "Tambahan lagi, orang politik hendak cepat. Bagi saya, jalan singkat tidak ada," katanya yang kerap bercerita dan berjenaka dalam ucapannya.
Ungku Aziz menegaskan, tindakan kerajaan memperkenalkan PPSMI enam tahun lalu sebagai "tindakan gila" kerana Matematik menggunakan "bahasa simbol" – melalui angka, nombor dan penggunaan rumus tertentu."Apa bahasa matematik? Bahasa simbolik, angka, semua simbol. Matematik ini bahasa simbolik. Kalau guna bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, pilih bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, (itu tindakan) gila. "Kalau hendak belajar bahasa Inggeris dengan bahasa matematik, bagaimana boleh belajar?" katanya di hadapan 150 pendidik sekitar Selangor.Selain menyokong saranan Pembina supaya PPSMI dimansuhkan di semua peringkat, Ungku Aziz mencadangkan masa pengajaran bahasa diajar secara tetap tiga hingga empat jam seminggu, selain menggunakan kaedah pembelajaran terkini."Masa untuk belajar bahasa tidak cukup. Itu kunci kepada semua sekali, perkara pokok sekali.
Dalam sistem pembelajaran di sekolah rendah, menengah dan universiti, masa untuk belajar bahasa itu diberi sedikit sahaja. "Pendekatannya pun salah. Banyak orang (pemegang) PhD bawa teori lapuk sepuluh tahun lalu. Dia lupa, apa dia belajar dulu orang lain sudah tukar (hari ini)," katanya. Pembina pertama kali mengedarkan dan membentangkan kajian PPSMI mereka kepada umum hari ini. Dokumen itu pernah diedarkan kepada peserta Kongres Melayu ke-2 penghujung Mac lalu di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.Selain laporan itu setebal 200 halaman, dua lagi kajian berhubung pelaksanaan dasar kontroversi itu yang dihasilkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) turut dibentangkan.
" minta perhatian kepada sesiapa yang menyokong dasar PPSMI agar membuat sembahyang sunat taubat sebelum terlambat. Ingatlah kamu bahawa hari ini kau menyusahkan kami, insyaallah suatu hari nanti semua orang-orang akan berdoa untuk kesusahan kamu ""
Tuesday, June 30, 2009
Adakah kerajaan Malaysia sudah tidak ada lagi saham di dalam syarikat judi?
"
Tahun lalu, beberapa laman web dan blog telah menyiarkan satu senarai syarikat-syarikat yang berada di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan seperti pada 11 Januari 2007 dari laman web rasmi Kementerian Kewangan.
Di dalam senarai syarikat- syarikat itu, Sports Toto yang menjalankan aktiviti perniagaan nombor ramalan itu telah termasuk di dalam senarai syarikat-syarikat tersebut (pada nombor 82).
Penyenaraian Sports Toto itu juga bermakna kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan mempunyai saham dan terlibat secara langsung di dalam syarikat yang berasaskan judi itu.
Saya masih menyimpan pautan ke muka laman tersebut, tetapi muka laman tersebut telah di”divert” ke muka hadapan laman Kementerian Kewangan.
Kini, senarai syarikat-syarikat yang berada dibawah Kementerian Kewangan Di Perbadankan telah dikemaskini pada 17 Januari 2009.
Di dalam senarai terbaru Senarai Syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan seperti pada 15 Januari 2009 itu, Sport Toto telah tiada di dalam senarai tersebut.
Oleh itu, adakah ini bermakna kerajaan Malaysia sudah mengeluarkan saham mereka di dalam syarikat judi itu?
Jika benar, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak kerajaan kerana telah bertindak mengurangkan hasil kerajaan dari sumber yang tidak halal.
Jika maklumat itu tidak tepat dan kerajaan masih mempunyai saham di dalam Sports Toto, kenapa pengendali laman web itu tidak menyenaraikan syarikat judi tersebut? Adakah pengendali laman web Kementerian Kewangan cuba menyorok sesuatu fakta di pengetahuan orang ramai?
Ini kerana, bukanlah perkara asing apabila laman web kerajaan menyiarkan fakta yang berbeza dengan keadaan sebenar. Perkara sebegitu pernah disuarakan di dalam sidang Parlimen.
SENARAI SYARIKAT DI BAWAH MENTERI KEWANGAN DIPERBADANKAN SEPERTI PADA 15/01/2009
SEKTOR EKONOMI, PENGANGKUTAN DARAT & INFRASTRUKTUR(2)
1. Amanah Raya Berhad
2. Asean Potash Public Mining Co. Ltd. (Thailand)
3. Bank Pembangunan Malaysia Berhad
4. Bursa Malaysia Berhad
5. Export-Import Bank of Malaysia Berhad
6. Felda Holdings Berhad
7. International Rubber Consolidated Limited
8. Jambatan Kedua Sdn Bhd
9. Kedah Aquaculture Sdn Bhd
10. Keretapi Tanah Melayu Berhad
11. KUB Malaysia Berhad
12. Kumpulan Modal Perdana Sdn Bhd
13. Malaysia Debt Ventures Berhad
14. Malaysia Kuwaiti Investment Corporation Berhad
15. Malaysia Venture Capital Management Sdn Bhd
16. MARDEC Berhad
17. Padi Beras Nasional Berhad
18. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad
19. Perbadanan Nasional Berhad
20. Permodalan Nasional Berhad
21. Petroliam Nasional Berhad
22. Prokhas Sdn Bhd
23. Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd
24. Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd
25. Syarikat Prasarana Negara Berhad
26. UDA Holdings Berhad
SEKTOR INFRASTRUKTUR ( UDARA & LAUT ) (1)
27. Assets Global Network Sdn Bhd
28. Bintulu Port Holdings Berhad
29. Bintulu Port Sdn Bhd
30. Johor Port Berhad
31. K.L International Airport Berhad
32. KLIA Consultancy Services Sdn Bhd
33. Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd
34. Kuantan Port Konsortium Sdn Bhd
35. Malaysia Airport (Sepang) Sdn. Bhd.
36. Malaysia Airport Holdings Berhad
37. Malaysia Airline System Berhad
38. Malaysian Maritime Academy Sdn Bhd
39. MISC Berhad
40. Northport (M) Berhad
41. Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd
42. Pembinaan PFI Sdn Bhd
43. Penang Port Holdings Berhad
44. Penang Port Sdn Bhd
45. Westport (M) Sdn Bhd
SEKTOR TEKNOLOGI & INFRASTRUKTUR (PENGANGKUTAN DARAT)(3)
46. Aerospace Technology System Corporation Sdn Bhd
47. Astronautic Technology Sdn Bhd
48. Columbia Aircraft Manufacturing Corp. (Formerly Lancair Corp)
49. Commerce Dot Com Sdn Bhd
50. Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd
51. Cyberview Sdn Bhd
52. HICOM Holdings Berhad
53. Inno Bio Ventures Sdn Bhd
54. Jaring Communications Sdn. Bhd
55. Khazanah Nasional Berhad
56. Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd
57. MIMOS Berhad
58. Multimedia Development Corporation Sdn Bhd
59. National Aerospace & Defence Industries Berhad
60. PDX Dot Com Sdn Bhd
61. Perwaja Terengganu Sdn Bhd
62. SIRIM Berhad
63. Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd
SEKTOR SOSIAL
64. Bakun Hydro-Electric Corporation Sdn Bhd
65. Boustead Naval Shipyard Sdn. Bhd
66. Dataran Perdana Sdn Bhd
67. FELCRA Berhad
68. Halal Industry Development Corporation Sdn Bhd
69. HVD Holdings Sdn Bhd
70. IJN Holding Sdn Bhd
71. Indah Water Konsortium Sdn Bhd
72. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
73. Irat Hotels & Resorts Sdn Bhd
74. JKP Sdn Bhd
75. Konsortium Baja Nasional Sdn. Bhd
76. Malaysian Resources Corporation Berhad
77. Media Prima Berhad
78. Medical Online Sdn Bhd
79. NINEBIO Sdn Bhd
80. Pembinaan BLT Sdn Bhd
81. Pengurusan Aset Air Berhad
82. Percetakan Nasional Malaysia Berhad
83. Piramid Pertama Sdn Bhd
84. Pos Malaysia Berhad
85. Professional Services Development Corporation Sdn Bhd
86. Radio Televisyen Malaysia Berhad
87. Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd
88. Sabah Electricity Sdn Bhd
89. Sarawak Electricity Sdn Bhd
90. Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd
91. Syarikat Perumahan Negara Berhad
92. Syarikat Perumahan Pegawai Kerajaan Sdn Bhd
93. Syarikat Tanah Dan Dana Harta Sdn Bhd
94. Telekom Malaysia Berhad
95. Tenaga Nasional Berhad
SENARAI SYARIKAT DI BAWAH MENTERI KEWANGAN DIPERBADANKAN SEPERTI PADA 11/01/2007
EKONOMI
1. Amanah Raya Berhad
2. Asean Potash Public Mining Co. Ltd. (Thailand)
3. Bank Pembangunan Malaysia Berhad
4. Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad
5. Bursa Malaysia Berhad
6. Export-Import Bank of Malaysia Berhad
7. FELCRA Berhad
8. Felda Holdings Berhad
9. International Rubber Consolidated Limited
10. Kedah Aquaculture Sdn Bhd
11. KUB Malaysia Berhad
12. Kumpulan Modal Perdana Sdn Bhd
13. Malaysia Debt Ventures Berhad
14. Malaysia Kuwaiti Investment Corporation Berhad
15. Malaysia Venture Capital Management Sdn Bhd
16. MARDEC Berhad
17. Padi Beras Nasional Berhad
18. Pengurusan Danaharta Nasional Berhad
19. Perbadanan Nasional Berhad
20. Permodalan Nasional Berhad
21. Petroliam Nasional Berhad
22. Prokhas Sdn Bhd
23. Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd
24. Syarikat Tanah Dan Harta Sdn Bhd
25. Tradisi Gemilang Sdn Bhd
INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM
26. Assets Global Network Sdn Bhd
27. Bintulu Port Holdings Berhad
28. Bintulu Port Sdn Bhd
29. Johor Port Berhad
30. Kelang Multi Terminal Sdn Bhd (Westport)
31. Keretapi Tanah Melayu Berhad
32. KLIA Consultancy Services Sdn Bhd
33. Kuala Lumpur International Airport Berhad
34. Kuantan Port Konsortium Sdn Bhd
35. Malaysia Airline System Berhad
36. Malaysia Airport (Sepang) Sdn. Bhd.
37. Malaysia Airport Holdings Berhad
38. Malaysian Maritime Academy Sdn Bhd
39. MISC Berhad
40. Northport (M) Berhad
41. Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd
42. Penang Port Holdings Berhad
43. Penang Port Sdn Bhd
44. Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd
45. Syarikat Prasarana Negara Berhad
46. Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn Bhd
47. Pembinaan PFI Sdn Bhd
PERKHIDMATAN AM
48. Aerospace Technology System Corporation Sdn Bhd
49. Astronautic Technology Sdn Bhd
50. Columbia Aircraft Manufacturing Corp. (Formerly Lancair Corp)
51. Commerce Dot Com Sdn Bhd
52. Composites Technology Research Malaysia Sdn Bhd
53. Cyberview Sdn Bhd
54. HICOM Holdings Berhad
55. Inno Bio Ventures Sdn Bhd
56. Khazanah Nasional Berhad
57. Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd
58. MIMOS Berhad
59. Multimedia Development Corporation Sdn Bhd
60. PDX Dot Com Sdn Bhd
61. Perwaja Terengganu Sdn Bhd
62. SIRIM Berhad
63. Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd
64. National Aerospace & Defence Industries Berhad
SOSIAL
65. Bakun Hydro-Electric Corporation Sdn Bhd
66. Dataran Perdana Sdn Bhd
67. HVD Holdings Sdn Bhd
68. Indah Water Konsortium Sdn Bhd
69. Institut Jantung Negara Sdn Bhd
70. Irat Hotels & Resorts Sdn Bhd
71. JKP Sdn Bhd
72. Medical Online Sdn Bhd
73. Pembinaan BLT Sdn Bhd
74. Pengurusan Aset Air Berhad
75. Percetakan Nasional Malaysia Berhad
76. Piramid Pertama Sdn Bhd
77. Pos Malaysia Berhad
78. Professional Services Development Corporation Sdn Bhd
79. Radio Televisyen Malaysia Berhad
80. Sabah Electricity Sdn Bhd
81. Sarawak Hidro Sdn Bhd
82. Sports Toto Malaysia Sdn Bhd
83. Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd
84. Syarikat Perumahan Negara Berhad
85. Syarikat Perumahan Pegawai Kerajaan Sdn Bhd
86. Telekom Malaysia Berhad
87. Tenaga Nasional Berhad
88. UDA Holdings Berhad
89. IJN Holdings Sdn Bhd
90. Media Prima Berhad
91. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad
92. NINEBIO Sdn Bhd
93. Rangkaian Hotel Seri Malaysia Sdn Bhd
94. Malaysian Resources Corporation Berhad
Airbus terhempas lagi(camne ni produk br pon jahanam gak..)
Pesawat Airbus 310 milik Yemenia Air itu dipercayai membawa warga Comoris dari Paris.
Setakat ini tiada butiran mengenai jumlah sebenar penumpang dan anak kapal serta punca nahas itu. - AFP
Sunday, June 28, 2009
From Prof. Aziz Bari - Kes Nizar : Sistem Demokrasi Negara Ini Menuju Kehancuran
Oleh: addin_77
"
"Dalam kes ini, Zambry mempunyai sokongan majoriti 31 ahli dari 59 Ahli Dewan Undangan Negeri. Berdasarkan kepada fakta ini, Zambry dari BN mewakili keyakinan majoriti dan Sultan telah melantik beliau selaras dengan Undang-Undang Tubuh Negeri," kata Hakim Md Raus.
Dalam penghakiman beliau juga, Hakim Md Raus tidak bersetuju dengan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim bahawa dalam mempertimbangkan soal keyakinan majoriti, usul undi tidak percaya terhadap Nizar Jamaluddin harus dibentangkan bagi menentukan samada Nizar telah atau tidak hilang keyakinan majoriti. "Hakikatnya adalah Majlis Exco, termasuk Menteri Besar, telah terbubar atas dasar mereka telah hilang keyakinan majoriti, sekiranya Menteri Besar tidak mengemukakan perletakan jawatan beliau dan Majlis Exco beliau," menurut Hakim Md Raus.
Mengulas hujah penting ini, Pensyarah Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu berkata hujah Hakim Md. Raus itu bagaimanapun masih boleh disanggah. Menurut Prof. Aziz Bari, keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Aziz Abdul Rahim adalah lebih selaras dengan mengikut amalan rang undang-undang negara, kerana proses undi tidak percaya adalah proses tepat bagi menentukan secara muktamad apakah Nizar seorang Menteri Besar yang sah atau bukan.
"Memang betul soal keyakinan majoriti ini boleh ditentukan melalui pelbagai cara, tetapi menentukan keyakinan majoriti melalui proses undi tidak percaya adalah proses yang lebih bertepatan dengan amalan standard Dewan Legislatif," kata Prof. Aziz Bari. "Hujah Hakim Md. Raus ini seolah-olah mahu merombak terus proses yang menjadi amalan di semua dewan-dewan legislatif di negara-negara demokrasi. Saya tidak faham mengapa Hakim Md. Raus perlu berbuat demikian," katanya lagi.